Konco-konco ku

Wednesday, May 29, 2013

AKHIRNYA BEKAS KETUA WANITA UMNO, RAFIDAH AZIZ BUKA MULUT PASAL AIR ASIA X!!

SETELAH hampir berbulan-bulan penghinaan terhadap Utusan Melayu oleh CEO Air Asia X, Azran Osman-Rani (anak saudara Anwar Ibrahim) akhirnya baru hari ini Pengerusi Air Asia X yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Rafidah Aziz berani tampil kehadapan dan bersuara. Desakan demi desakan yang dilakukan oleh barisan pengamal media pro-BN menyebabkan beliau sendiri tidak senang duduk.

Tetapi agak mengejutkan apabila Rafidah Aziz sendiri yang seolah-olah menyokong tindakan Azran yang menghina dan mengeji akhbar Utusan Melayu itu. Adakah mungkin Rafidah Aziz sudah lupa tentang siapa beliau sebelum ini. Siapa yang lebih memberikan publisiti kepada beliau jika bukan Utusan. 

Dalam laporan di salah satu akhbar pembangkang, Sinar Harian, Rafidah Aziz menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat di dalam twitter oleh Azran adalah pendapat peribadinya sahaja. Seolah-olah bekas menteri kabinet ini tidak dapat mengawal mulut CEO nya sedangkan beliau sendiri Pengerusi. Apa sudah jadi?

Benarlah pesanan Tun Mahathir, "Melayu Mudah Lupa". Mungkin selepas tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan, Rafidah Aziz sudah lupa mana kedudukannya. Dia sudah lupa siapa yang memberi pangkat dan jawatan kepadanya. Dia sudah lupa asal usul nya. Dia sudah lupa segala sumbangan yang diberikan oleh Utusan kerana sekarang yang memberi dia makan dan segala kemewahan adalah Syarikat Air Asia yang telah lama menganiaya orang Melayu itu sendiri. Dia benar-benar sudah lupa akan segala ikrar dan janji semasa menjadi menteri kabinet dahulu.

Inilah salah seorang Melayu yang tidak akan sesekali mempertahankan hak Melayu kerana TAKUT dikatakan RASIS!!!!

22 comments:

  1. Memang utusan tu rasis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK lah dan aku bangga Utusan itu RACIST kerana Utusan menyokong orang Melayu dan menyedarkan Melayu. Ramai Melayu kini beranggapan mereka adalah "world" dan malu menjadi Melayu....

      Kena faham, bahawa ini adalah rahmat dari ALLAH kita dijadikan Melayu dan dilahirkan dibumi yang bertuah.

      Tapi kalau dah pilih dan berpakain macam perempuan sebagai "world" kamu, itu antara kamu dan Pencipta kamu.

      Seharusnya kita semua, Melayu tulin atau ex-Melayu, kena tahu bahawa apa yang kita dapat adalah kerana kita orang Melayu diTanah Melayu. Dapat ke Azran tu jadi CEO mana mana kalau di orang Cina diTaiwan atau Hongkong? atau dapat ke Rafidah jadi Menteri kalau dia tu di UK atau mana mana je selain Malaysia???

      Kalau kamu tidak pandai bersyukur atas nikmat yang Tuhan kamu beri, tunggu lah balasan Nya...

      Delete
    2. a man can change his religion but not his race. i am still a malay.

      Delete
    3. utusan cina tu ingat tak rasis ke ? ada berapa banyak utusan cina, pagi petang malam, tengoklah gambar gambar yang keluar..agak agak le.

      Delete
    4. Kalau takder utusan entah apa jadi kat melayu ysng sebahagian besarnya masih dibuai keselesaan dan sebahagiannya derhaka kpd bangsa dengan menjadi acai dan pengkhianat....
      Dibandingkan dgn tabloid2 lain yang isinya hampas utusan byk artikel2 yang sahih dan relevan..

      Delete
  2. Kalau utusan tu rasis pon..ko apehal?

    ReplyDelete
  3. Org melayu sendiri kata utusan itu rasis...sedih.Pernahkah mefreka membaca akhbar bahasa cina? Nampak sangat orang melayu ni bodoh mcm katak dibawah tempurong. Iqrak....ALLAH suruh anda membaca. Jangan kutuk melayu dan akhbar sendiri sedangkan akhbar cina kata melayu tu memang bodoh. Orang melayu macam di atas kata utusan itu rasis adalah org melayu yang tak sedar beliau adalah melayu bodoh

    ReplyDelete
  4. Baca akhbar Cina dan bandingkan mana lebih rasis (kalu tak tahu mandrin pergi belajar dulu).

    ReplyDelete
  5. wahai orang melayu diluar sana, istilah rasis ini diwujudkan oleh kaum pendatang dahulunya untuk menidakkan hak penduduk asal Tanah Melayu, fikirkanlah...

    ReplyDelete
  6. anon 836 kau belum tahu apa rasis cina dah buat kst melayu......mungkin kau anak ingusan baru sat kenal malaysia....bangun baca SEJARAH jangan nak berguling lagi. dan jangan nak jadi hamba orang cina

    ReplyDelete
  7. gua suka utusan rasis..lu tgok akhbar cina kalau nak tau makna rasis...HIDUP MELAYU

    ReplyDelete
  8. Orang2 Melayu yang bodoh hanya berada dalam Parti Anjing Suruhan(PAS) dan PKR.

    ReplyDelete
  9. Kalau utusan tak rasis, aku pun tak mahu beli. Aku mahukan Utusan yang rasis pro Melayu.

    ReplyDelete
  10. Utusan dah ada hardcore fans sendiri.....
    Sekurang2nye Utusan tu transparent....bandingkan akhbar Cina...lagi duk kutuk2 bangsa Melayu sendiri dgn bahasa diaorang....Melayu yg sokong Pembangkang masih tak sedar diri.

    ReplyDelete
  11. waaa support utusan yg rasist ...kalau tak mo baca jangan beli bahalol....


    aku melayu dan malaysia ni tanah air aku...bukan cina yang punya...bahasa melayu pun hancur mengaku rakyat malaysia

    ReplyDelete
  12. Aku lahir melayu, dewasa sebagai melayu, hidup sebagai melayu, jiwaku melayu, darahku melayu, matiku juga melayu, ...tak akan sesekali berubah. Kasihan rafidah, biarlah dia jadi ex-melayu, masa akan menghukum dia.

    ReplyDelete
  13. Utusan teruskan sebagai rasis, kalau itu dapat menyedarkan melayu yang lupa diri

    ReplyDelete
  14. Aku suka utusan,hari2 baca utusan,aku suka utusan racis kerana aku melayu.Ini negara Melayu.Kalau sapa2 tak suka Melayu boleh angkat bungkus berambus dari Tanah Melayu.....Hidup Melayu

    ReplyDelete
  15. Rasislah bagus,yg konon2 tak rasis tu pondan.Cina 10x rasis dari Melayu(terbukti bukan cakap kosong) tapi pondan2 yg jadi barua cina ni tak berani bersuara,tak berani tegur,tak berani angkat muka pun..dasar barua.

    Jangan terpengaruh dengan propaganda cina yg rasis lagi chauvinis yg menjerit 'rasis' pada Melayu yg hendak mempertahankan bangsa.Ibarat macam perompak bank yang menjerit 'pencuri' pada pencuri pensil kawan di sekolah.

    jangan juga terpengaruh pada ajaran sesat pas terhadap maksud assobiyah yg telah diselewengkan untuk kepentingan politik mereka.

    ReplyDelete
  16. Aku suka baca Utusan sebab ianya rasis. Rasis terhadap bangsa Melayu sebab aku pun Melayu yang rasis.Hidup Utusan dan jangan sesekali bersikap apologetik terhadap bangsa lain selain Melayu.

    ReplyDelete
  17. Rafidah Aziz inilah contoh pemimpin Melayu/Islam, yang menyebabkan anak muda Melayu/Islam jatuh di kaki PENJAJAH Barat-Zionis dan sekutu durjananya, si DAP/PKR! Semasa saya menyokong PKR kerana juga BUTA, TULI, BONGKAK dan BODOH dulu, ramai profesional Melayu muda yang saya temui, biadap, bongkak dan tamak seperti budak mentah Azran itu. Dia lupa, kalau tak ada Utusan Melayu yang turut BERJASA mempertahankan hak, warisan, identiti Melayu dan Bumiputera lain, serta Islam, si budak mentah masih berhingus meleleh Azran ini mungkin tak dapat ke sekolah sewaktu zaman penjajah British durjana dulu. Bapa saya sendiri, terpaksa berhenti sekolah umur 12 tahun sebab orang kampung Melayu dan Bumiputera lain yang miskin dipinggirkan penajajah (Kedua Datuk saya meninggal muda akibat kerja keras kat sawah), tak ada sekolah menengah di kampung. Lansung jadi askar, syukurlah anak-anak belajar dapat ke Univ., berkat jasa dan korban tanpa penat-lelah Bapa-Bapa Kemerdekaan/Pembangunan kita, termasuk Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein (bapa kepada anak YATIM PM kita sendiri) dan Allahyarham TPM Tun Dr. Ismail Abd. Rahman. Saya benar-benar menyesal di atas kesesatan saya buat seketika di bawah PKR dan pengaruh Barat durjana! Tapi, sibongkak macam budak mentah Azran ini asyik nampak langit; lumpur di pandang rendah, terutamanya dari warisan pusaka sawah padi nenek moyang berzaman kita, sejak tanah pusaka Melayu dan Bumiputera lain ini sebelum dijajah British lagi. Baiklah budak berhingus meleleh Azran ini dan geng PKR Melayu/Islam kembali ke pangkal jalan dan rumpun asal bangsa dan agama, kerana Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    MAKCIK Tempurung.

    (PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung" untuk mengelirukan pembaca).

    ReplyDelete
  18. Utusan bukan seperti lalang.Utusan berani dan tegas membela Melayu / Islam. Utusan bukan akhbar hingusan atau picisan. Sumbangannya amat besar sejak dari zaman dahulu lagi.

    ReplyDelete

comment please.....