Tuesday, April 30, 2013

[P093 SUNGAI BESAR] DATO' HJH. NORIAH BT KASNON, WANITA PANTANG KALAH!!

CALON Parlimen P093 Sungai Besar ini memang dilahirkan sebagai seorang pemimpin yang berjiwa murni dan gigih dalam setiap kerja yang dilakukan demi rakyat yang tercinta. Tanpa mengenal erti penat lelah dalam memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat di dalam Parlimen Sungai Besar.

Dato' Hjh. Noriah bt. Kasnon adalah seorang wanita yang kuat dalam memimpin serta membantu rakyat. Tanyalah pada segenap golongan rakyat sekitar, siapa yang tidak kenal dengan Dato' Noriah. Melayu, Cina mahupun India di Parlimen Sungai Besar masih mengharapkan supaya Dato' Noriah kekal sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa dan Ijazah Sarjana (Master) dari Universiti Utara Malaysia ini amat disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Selesa menggelarkan dirinya dengan panggilan 'Kakak' atau 'Makcik' kepada golongan muda telah memberi ruang baru bagi generasi muda mendekati beliau.

Penyandang bagi kerusi Parlimen Sungai Besar sejak dari 2004 (PRU12) yang telah menewaskan calon-calon yang ditampilkan oleh PAS. Pernah juga menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Tiada siapa dapat menembusi tembok kekebalan Dato' Noriah di Parlimen Sungai Besar. Sifat rendah diri dan suka membantu memberikan impak yang besar kepada penduduk sekitar.

Satu-satunya calon wanita harapan di Selangor. Ikhlas dalam membantu. Inilah calon Barisan Nasional.


No comments:

Post a Comment

comment please.....