Monday, April 8, 2013

MANIFESTO TURUN HARGA KERETA: SIAPA TIRU SIAPA?? #ManifestoBN


Gerombolan PR kata BN tiru idea depa, yang mirip satu-satunya tentang kereta lah. Sebenarnya tak tiru pun, AFTA yang dimeterai antara 6 negara ASEAN di Singapura telah diumumkan terlebih dahulu untuk penurunan cukai import, pengecualian kuantiti untuk kenderaan CBU, (Completely Built Up) dari Asean, meliberalisasi lesen pengeluaran melaui Dasar Automatif Negara, FTA dengan Jepun dan Australia (kenderaan 2.0L ke atas) dan dalam proses perbincangan dengan Eropah, Turki dan Bangladesh. Selain itu pengecualian cukai juga telah diumumkan PM dalam belanjawan 2012 untuk kereta hibrid. Cukai kereta menyumbang RM 7bilion pada negara dan digunakan untuk subsidi minyak dan barangan, infrastruktur dan keperluan lain.

Terdapat 3 jenis cukai kereta iaitu Cukai Eksais, Cukai Import, dan Cukai Jualan. Berbeza dengar PR, penurunan cukai secara berperingkat sehingga dari 20% sehingga 30% melibatkan cukai import adalah realistik dan selari dengan AFTA sebelum ini, turut disusuli dengan akujanji memperkasa daya saing kereta nasional tempatan yang melibatkan ribuan pekerja anak watan dan vendor tempatan selain penyumbang pada pembukaan bandar baru seperti Bandar Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam dan kerjasama strategik dengan IPTA seperti UTM, pengangkutan awam juga dipertingkat dengan extension LRT, MRT dan Rapid Bus disetiap bandar besar, keretapi laju ke Singapura yang memyumbang kepada bandar-bandar seperti Seremban, Muar, Batu pahat dll. Untuk rekod seramai 100 000 pekerja dalam industri Second-Hand dan Resale Car perlu juga diambil kira. 

Beza dengan ManifestoBukanJanji PR, dalam buku akujanji BN, menyatakan apa yg TELAH dilakukan, apa yg AKAN dilakukan dan komitmen dengan usaha-usaha mempertingkat hasil pelaburan negara kepada 1.3 trillion dengan kewujudan 3.3 Juta peluang pekerjaan.

Komen : Sebagai tambahan, ramai yang tidak tahu kelulusan akademik PM dan perancang utama selain Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Pakar-pakar industri dan lain-lain.

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak : Ijazah Ekonomi Industri, University Notthingham
Menteri Kewangan Ke-2, DS Ahmad Husni : Ijazah Ekonomi, UM, Sijil Kewangan Islam, UIA.
Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek : PhD, Universiti Philadelphia
Menteri Perdagangan, DS Mustapha Mohamed : Ijazah Kelas Pertama Ekonomi di University of Melbourne, Australia dan Sarjana Pembangunan Ekonomi, Universiti Boston.

Sekurang-kurangnya mereka mengetahui bidang ni berbanding Wira PR yang sedap kita dengar 'sastera'nya itu. ManifestoBukanJanji PR yang bergantung pada Rafizi.

1 comment:

  1. Betul lee..apa kata kalau buat arrangement untuk dato najib berdebat dgn dato anwar tentang bagaimana utk melaksanakan manifesto masing masing. Siarkan secara live. Baru kita tahu pemimpin mana yg kita nak pilih...sekrg ni rasa mcm di perbodohkan jee...

    ReplyDelete

comment please.....