Thursday, April 25, 2013

APA GUNA PENSTRUKTURAN SEMULA JIKA SUMBER AIR MASIH TAK CUKUP?? #IsuAirSgor


KADANG-kadang aku tak faham apa yang difikirkan oleh Khalid Gagap dalam mengurustadbir air yang sudah menjadi barah kepada rakyat Selangor. Semakin lama dibiarkan semakin banyak pulak alasan yang langsung tidak masuk dek akal diberikan oleh Khalid. Rakyat Selangor minta supaya bekalan air tidak terputus atau dengan erti kata lain air bersih akan sentiasa ada walau macam mana keadaan cuaca sekalipun. Apa yang Khalid dok bengapkan lagi ni?

Rakyat Selangor memerlukan sumber air bersih atau sumber air baru dari sumber yang lain tanpa mengharapkan sumber sedia ada iaitu sungai Selangor yang dilihat semakin cetek. Khalid kena faham yang Selangor dan Lembah Klang hanya punyai satu syarikat yang menyalurkan air kepada semua iaitu Syabas. Syabas tak boleh dipersalahkan kerana mereka hanyalah menyalurkan air kepada rakyat dan mereka tidak boleh membuat keputusan untuk mendapatkan sumber air yang baru supaya bekalan air tidak terputus.

Kerajaan Selangor sepatutnya yang bertanggungjawab dalam hal ini. Segala pengurusan dan dana untuk menaiktaraf pam air dan paip di Selangor adalah dibawah tanggungjawab kerajaan negeri. Namun sehingga ke saat ini, sehingga sudah mendekati tarikh pilihanraya Khalid masih belum memberi keputusan dalam menangani isu air ini sama ada mahu meneruskan kajian terhadap sumber air alternatif yang diilhamkannya ataupun meluluskan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang dicadangkan oleh kerajaan pusat.

Nak tanya pada Khalid soalan yang kerap diulang-ulang oleh rakyat. Apa guna kalau penstrukturan semula dilakukan sedangkan sumber air bersih masih lagi kurang? Ya! Penstrukturan semula air kepada rakyat Selangor dan Lembah Klang boleh dilakukan pada bila-bila masa yang Khalid mahukan cumanya bagaimana Khalid nak selesaikan masalah kekurangan air yang dilihat semakin kerap berlaku. Itu belum lagi termasuk penukaran paip lama yang sudah terlalu uzur akibat kerajaan negeri tidak meluluskan dana Capex yang akan digunakan bagi menaiktaraf rumah pam dan paip yang telah berusia puluhan tahun. Kenapa tidak diluluskan segera?

Bukan nak mengajar Khalid cara mengurustadbir isu air ini tetapi dapat dilihat yang Khalid seolah-olah punyai agenda politik dalam isu air ini apabila tiada keputusan yang dibuat sehingga DUN Selangor dibubarkan. Yang kedengaran dari mulut Khalid adalah salah Syabas, salah UMNO, salah kerajaan terdahulu yang tidak buat terlebih dahulu. Untuk mengelakkan dirinya dipersalahkan oleh rakyat, maka Syabas dijadikan kambing hitam atas kesilapan Khalid sendiri.

Dalam wawancara Khalid bersama Sinar Harian juga menyebut yang projek Langat 2 adalah 'projek buat dulu, kaji kemudian'. Mana Khalid dapat fakta yang mengatakan projek Langat 2 itu belum dikaji sebelum dibuat? Kerajaan pusat menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sudah membuat kajian berkenaan pembinaan Langat 2 ini dengan kerjasama dari pakar air yang Khalid tidak iktiraf walaupun sudah jelas punyai kepakaran dalam pengurusan air.

Kerajaan Barisan Nasional bukan macam kerajaan Khalid yang kononnya sedang membuat kajian untuk mendapatkan sumber air alternatif seperti pembenihan awan dan sumber air bawah tanah tapi sehingga ke saat ini masih belum punyai keputusan mahu menyelesaikan masalah air. Tak kan selama 2 tahun ini pasukan R&D Khalid tidak berjaya mencapai kata putus atau mendapatkan keputusan untuk meningkatkan NRW kepada rakyat Selangor? Apa keputusan yang telah berjaya dicapai? Kesudahannya hanya kedengaran Khalid mahu membeli syarikat konsesi Syabas, Abbas, Puncak menggunakan duit rakyat Selangor. 

Projek Langat 2 tidak akan menjadi projek 'gajah putih' kerana kajian telah dibuat terlebih dahulu. Tak kanlah senang-senang kerajaan pusat nak tebuk gunung, salur air dari pahang kalau tidak semata-mata demi rakyat Selangor dan Lembah Klang. Apa salahnya kita membeli air dari kerajaan negeri Pahang daripada menunggu keputusan Khalid yang tidak pernah dicapai untuk membantu rakyatnya sendiri. Dana bernilai jutaan ringgit telah disalurkan kepada kerjaan negeri untuk meneruskan projek Langat 2 ini dan atas permintaan Khalid supaya tender Langat 2 ini dibuka juga telah kerajaan pusat turuti. Jadi apa lagi masalah yang timbul jika Khalid hanya perlu meluluskan pembinaan loji tersebut dan luluskan Capex kepada Syabas supaya segala aset yang telah uzur diganti dengan baru. Masalah apa lagi yang perlu Khalid fikirkan?

Sokong penstrukturan semula yang dicadangkan Khalid namun biarlah logik. Mana tidaknya, jika penstrukturan semula dijalankan, masalah kurang bekalan air kepada rakyat masih tetap akan berlaku. Percayalah! Jika Khalid benar-benar mahu menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat, tolonglah jangan dipolitikkan isu air ini. Kerajaan pusat hanya ingin membantu rakyat agar masalah kurang dan terputus bekalan air tidak berulang kembali. Fikirkanlah secara realistic.

No comments:

Post a Comment

comment please.....