Konco-konco ku

Wednesday, March 13, 2013

MELAMPAU!! PAKATAN BAGI GELARAN PALING BANGSAT PADA KOMANDO KITA!! #Pray4Sabah



Sehingga kini sudah 10 orang anggota keselamatan kita telah terkorban sementara 56 orang lagi pengganas Sulu telah di bunuh, tapi hingga saat ini juga pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR), Tian Chua yang menganggap peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah hanyalah sandiwara dan konspirasi UMNO masih lagi belum memohon maaf di atas keterlanjurannya.

Berikutan kenyataan biadap itu, orang ramai termasuk para pesara pasukan keselamatan terdiri daripada bekas tentera, komando dan polis telah bangkit menyuarakan bantahan di merata-rata tempat seluruh negara, tapi nampaknya seperti tiada maklum balas sewajarnya dari PR.

Sebaliknya para pemimpin PR dan penyokong mereka kelihatannya masih cuba menegakkan benang basah dan cuba mempertahankan pandangan Naib Presiden PKR itu apabila masing-masing terus bermain dengan teori konspirasi mengikut imaginasi sendiri.

Jelas sekali, tindakan mereka seperti mengiakan persepsi ramai bahawa rata-rata pemimpin dan penyokong PR sememangnya tidak patriotik akibat terlalu taksub berpolitik. 

Dalam perkembangan terbaru, sebuah laman portal pro PR yang diketahui cukup menyanjung tinggi dan akrab hubungannya dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim iaitu suarapakatanrakyat.com gah mendakwa Tian Chua langsung tidak terjejas dengan bantahan dan protes yang disertai oleh bekas anggota komando dan polis baru-baru ini.

Malah portal itu juga tanpa berselindung menyifatkan bekas anggota komando dan polis yang terlibat dalam bantahan terhadap Tian Chua itu sebagai pondan dan pengecut. Ia nyata satu penghinaan yang amat kurang ajar dan amat jauh dari membantu meredakan keadaan.

Kalau pun benar portal pro PR itu berbangga dengan slogannya, "kritis, berani dan telus" sepatutnya kecaman sebegini tidak wajar disiarkan apatah lagi bekas anggota komando dan polis yang dihina itu amat besar jasa mereka sepanjang khidmat mereka kepada negara.

Waima sekalipun rata-rata pesara pasukan keselamatan ini sudah tua namun semangat kental mereka tetap muda, hatta kalau diminta bertugas untuk berkhidmat di medan bakti, masing-masing pastinya sanggup melakukannya demi agama, bangsa dan tanahair.

Perkara sedemikian tentunya mustahil sanggup dilakukan oleh Tian Chua atau admin portal suarapakatanrakyat.com, justeru itu daripada bertindak mempersendakan bekas pesara tentera serta polis, bukankah lebih baik jika kita menghargai semangat dan jasa mereka?

Tak mustahil selepas ini lebih banyak bantahan akan berlaku, apatah lagi PR ternyata belum mengambil iktibar dan pengajaran berikutan kecaman dan protes berterusan dari orang ramai tika ini. Di lihat pada senario ini, gayanya seperti PR sedang menggali kubur sendiri.

Jika ini yang berlaku dalam PRU 13 kelak, usah dipersalahkan para pengundi atau pun orang lain, sendiri bermulut cabul maka bahananya perlulah ditanggung sendiri. Bukan begitu?

5 comments:

  1. Pakatan akan berkubur!!!

    Ini doa ku didepan Kaabah!!

    Ya Allah, berikan kemenangan besar kepada BN..
    amin...allahu akbar!!!

    ReplyDelete
  2. Tentu ramai hairan mengapa pasukan keselamatan lambat sangat untuk menghapuskan penceroboh ni dan ramai pula terutama puak pembangkang membuat andaian negatif....tentunya pasukan keselamatan menggunakan pendekatan tektikal yang berhati-hati bagi mengurangkan kehilangan jiwa dipihak pasukan keselamatan kita...kalau ambil tindakan terburu2 memang cepat selesai tapi tentu juga ramai yang terkorban....bersabar je lah dan biar pasukan keselamatan yang lebih tahu dan mahir dalam tugasan mereka membuat kerja mereka yang terbaik..kita seharusnya memberi sokongan dan mendoakan keselamatan mereka dan bukannya menghina dan merendah2kan mereka..

    ReplyDelete
  3. komen2 bodoh dan bangang mcm tu adalah sangat bagus untuk bn. biarkah mereka kekalkan keangkuhan mereka dengan menggelar wira2 negara dgn gelaran yg hodoh dan buruk. kita sokong mereka menggali lubang kubur sendiri. bila mereka dah masuk dlm lubang kubur tu, kita tolong timbuskan. ada jugak usaha kita tolong mereka.

    ReplyDelete
  4. yang PONDAN-PONDAN tu bukannya KOMANDO2 yg berjuang di LAHAD DATU,,,tapi yang berjuang bersama-sama ALJUBUR lah yang PONDAN-PONDAN....NAK BUKTI........cuba tengok siapa orang yang paling rapat dengan ALJUBURI itu.......semuanya lembut.......depa ni lah berjuang utk aljuburi....perjuangan nafsu......

    ReplyDelete
  5. al juburi lah sebenarnya pondan,,,,,,,tembak mampos aljuburi ,,,baru malaysia aman,,,,,,pengkianat negara nuar aljuburi,,,,

    ReplyDelete

comment please.....