KHALID gagapi hari ini telah mengeluarkan kenyataan terbarunya berkenaan pembubaran dun dan tarikh pilihanraya bagi negeri Selangor. Khalid menyatakan yang dia belum bersedia untuk membubarkan dun dengan lebih awal dari persekutuan kerana banyak lagi harta negeri yang belum dijualnya.
Akibat takut kekalahan besar dan masih tidak puas duduk dikerusi Menteri Besar Selangor, dia bersetuju untuk mengikut sahaja keputusan SPR dan persekutuan untuk mengadakan pilihanraya secara serentak.
Sebelum ini Khalid berkata kepada media yang pilihanraya dun Selangor akan diadakan selepas Chap Goh Mei. Namun selepas beberapa hari, dia sekali lagi mengatakan kepada media yang kenyataan tersebut hanyalah mahu menggempak Najib supaya membubarkan parlimen dengan segera kerana tak sanggup lagi berdebar-debar menunggu tarikh pilihanraya yang bakal diumumkan.
Sedia maklum yang sehingga sekarang Najib belum menyatakan tarikh sebenar pembubaran parlimen. Namun yang menarik, pagi tadi, Menteri Besar telah memanggil semua Pengerusi JKKKN ke Bangunan SUK untuk memberikan taklimat perutusan sempena berakhirnya pemerintahan pakatan di Selangor.
Bagaikan Khalid telah mengetahui tarikh pilihanraya sebenar, begitulah kelam kabutnya dia. Semua dah tahu rasanya kalau, KALAU pakatan menang lagi di Selangor, Khalid tak akan jadi MB lagi. Ini bukan lagi rahsia sebab Azmin telah mengumpulkan jenteranya untuk menyingkirkan Khalid dari kerusi tersebut.
Jadi sebab itulah Khalid hanya mengikut tarikh yang bakal diumumkan oleh Najib. Dia dah hilang telur sebelah kiri takut hilang kerusi.
you are invited to follow my blog
ReplyDelete