DALAM Konvensyen Pendidikan Antarabangsa yang diadakan di Unisel baru-baru ini, Anwar Ibrahim menyatakan kepada wartawan yang kerajaan persekutuan sepatutnya yang memberi pendidikan percuma kepada rakyat bukan kerajaan negeri.
Jika dikaji semula segala janji-janji pakatan sebelum berjaya mengambil alih kerajaan Selangor, mereka telah mengeluarkan satu manifesto untuk menabur janji manis dalam pilihanraya supaya mereka dipilih. Dalam manifesto tersebut jelas terpampang di atas muka surat pertama yang pendidikan percuma akan diberikan kepada rakyat Selangor jika mereka diberi mandat untuk memerintah.
Urutan kedua dalam manifesto piliharaya umum ke-12; Sekiranya kami diberi amanah memerintah Malaysia, kami akan:-
*Menurunkan harga petrol, diesel dan gas
*Menyediakan pendidikan percuma
*Memberikan khidmat kesihatan percuma
*Merapatkan juran agihan kekayaan antara kaya-miskin
*Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan
Malah, dalam tawaran sekiranya pakatan dipilih di Selangor juga ada juga terkandung janji pendidikan percuma seperti:- Memberi bantuan dan biasiswa kepada pelajaran untuk anak Selangor dan Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti.
Tapi, dimanakah janji yang telah mereka lafazkan dahulu? Adakah sudah lenyap ditelan tahun?
Ini pula antara manifesto BN 2008 yang kebanyakannya telah berjaya ditunaikan dalam masa 4 tahun pemerintahan Malaysia. Tiada BN berjanji untuk memberi pendidikan percuma, sekadar "Menyediakan lebih banyak biasiswa di peringkat ijazah untuk pelajar berkelayakan daripada keluarga miskin, tanpa mengira kaum".
Siapa sebenarnya yang telah berjanji dengan rakyat untuk memberi pendidikan percuma? Sudah tidak dapat memerintah Malaysia, salahkah kerajaan haram pakatan cuba merealisasikan janji mereka untuk rakyat pada peringkat negeri?
Kata penasihat ekonomi seringgit Selangor ini dengan riaknya, kerajaan Selangor punyai lebihan RM2.5 billion tahun lepas tapi kenapa masih mengharapkan kerajaan pusat untuk memberi pendidikan percuma sedangkan kerajaan pakatan yang berjanji?
Cakap memang senang. Kenapa semasa Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan mencadangkan diwujudkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dia tak pernah terfikir nak beri pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia ketika itu? Salah Tun Dr. Mahathir ke yang percaya 100% kepada Timbalannya itu?
Jika benar kerajaan pakatan hendakkan pendidikan percuma kepada rakyat, apa kata pakatan mulakan dahulu dengan negeri di bawah pentadbiran mereka seperti Selangor (Unisel, KUIS), Kedah (KUIN), Kelantan dan Pulau Pinang dahulu. Jika benar mereka boleh lakukan, tidak salah rasanya kerajaan di bawah pentadbiran BN mengikut langkah BIJAK mereka.
Cuba dahulu, baru tahu.
TAK PAYAH LE NAK CERITA PASAL ANUAR...
ReplyDeleteTAK PAYAH LE NAK CERITA PASAL HADI BAWANG TU...
TAK PAYAH LE NAK CERITA PASAL NAIK AJIS TU...
TAK PAYAH LE NAK CERITA PASAL MAT SABUN KE....
AKU DAH JEMU LE....DAH JEMU......
PASAL APALAH UMAT ISLAM HARI NI MAKIN BODOH DAN BANGANG AGAKNYA....KAN DIA ORANG NI...SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA.....ORANG YANG BERSEKUTU DENGAN ORANG KAFIR UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM.....APAKAH ORANG2 MCM NI KITA NAK SOKONG LAGI????MEMANG BODOH DAN BANGANGLAH....PUAK2 ISLAM PAKATAN NI....