BERITA PECAH BLOG!!! Rupanya ada lagi perosak-perosak kerajaan yang masih senang dengan pangkat dan selesa menghuni kerusi empuk pemberian kerajaan namun masih melakukan kerja-kerja yang lebih menjurus kepada kehancuran kerajaan. Siapa punya angkara?
Ronda-ronda di facebook sebentar tadi terlihat pula satu posting bergambar yang dikeluarkan oleh Apa Sengeh-sengeh (boleh lihat di SINI) yang menunjukkan gambar Ketua Pengarah BTN, Raja Arif dan salinan surat meminta sijil yang dikeluarkan oleh pihak ABIM. ABIM???
Setahu aku, ABIM ni pusat pengkaderan penyokong bontot Anwar sejak dulu lagi. Memandangkan yang Anwar pun pernah jadi kepala ABIM, jadi tidak mustahil ada lagi saki baki pengikutnya dan kemungkinan besar juga yang ABIM masih bersama Anwar untuk menjatuhkan kerajaan dan menentang pentadbiran Najib Razak.
Bukan niat aku nak menjatuhkan agensi kebanggaan negara ini tapi cuma hairan dengan sikap beberapa kepimpinan dalam BTN yang aku lihat lebih cenderung kepada pembangkang sejak kebelakangan ini. Surat di atas menjadi saksi yang BTN menjalin hubungan yang baik dengan ABIM walau dah mengetahui yang organisasi terbabit adalah penyokong kuat kepada Ketua Pembangkang Malaysia.
Minta tolong Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk jelaskan dengan sejelas-jelasnya apakah peranan sebenar BTN dalam menjalinkan kerjasama yang utuh antara ABIM. Minta Ahmad Maslan beritahu kepada rakyat kenapa diluluskan peruntukan sebegitu besar (RM73,000.00) untuk menjalankan lima kursus kepimpinan hanya kepada ABIM Sabah.
Sedangkan banyak lagi program-program anjuran kelab atau persatuan yang solid menyokong kerajaan tidak diendahkan untuk pemberian dana bagi melakukan program. Tidak tahu mana silapnya tetapi amat berharap sama ada Ahmad Maslan atau Raja Arif menjawab supaya agensi BTN tidak lagi tercalar menjelang pilihanraya ke-13 ini.
Dalang sebenar dalam agenda menjatuhkan kerajaan semakin dikenalpasti. Kami rakyat marhaen tak pandai nak bodek dan tak pandai nak duduk kerusi empuk di atas tapi kami terpaksa jujur untuk mengatakan ada beberapa perkara yang kelihatan fishy yang mana umpama BTN ini membantu kumpulan penyokong Anwar untuk terus menghentam kerajaan Najib yang sedia ada.
Mohon pencerahan...
bukan BTN je...nak taunya...dlam jabatan agama islam negeri pun lagi ramai kader2 yg mefitnah apa2 kebaikan yg kerajaan lakukan...cth : penceramah2 yg dtang kemsesjid beri ceramah segelintir nya adalah penghasut..berceramah bg pihak pembangkang...ni...apa citer...!kmi ahli jemaah xde kuasa nk halang...dok pakai snyap je la....wal hasil balek asal jg...
ReplyDeleteBetul tu! masalahnya ada NAZIR MASJID yang dilantik dari kalangan orang TOTOK PAS,cuba siasat!
ReplyDeleteBAGAIMANA PULA DGN KURSUS2 SULIT YG BARU DI MANA KP BTN TELAH MEMBAWA MASUK REPORTER2 MALAYSIAKINI 2 MINMGGU LALU...LIST NAME HMMM YA MALAYSIAKINI REPORTER....
ReplyDeleteHmmm bg saya, sesiapa pun boleh buat surat minta itu ini kepada sesiapa pun yg dikehendaki... samada kepada Perdana Menteri, Menteri, KSN, Ketua Pengarah.... yg pentingnya kalau ada komen tulisan tangan bertandatangan... barulah kita boleh membuat penilaian kepada apa yag diutuskan.
ReplyDeleteTetapi kenapa menghentam BTN sahaja, walhal agensi seperti JAKIM dibawah Jabatan Perdana Menteri juga secara terang ramai juga pembangkang didalamnya... Kenapa tidak didedahkan?
Oh ya.. mungkin sumber maklumat adalah dari org dalam BTN juga yang bertugas di Bahagian Mahasiswa...
Harap sahabat sealiran yang menyokong kemenangan BN, carilah berita yang boleh membina gerakan kemenangan bukannya menjatuhkan sesama kita.
Salah ke kita nak berbuat baik dengan orang, salah ke kita untuk menari mereka dari jalan yang sudah tersasar terus kembali ke jalan yang sebenar. Salah ke? Baru dapat artikel dah kira betul, lain kali selidik lah dulu.
ReplyDeleteyang pasti jawa bernam dan fbapa sengeh2 ada kaitan......inilah politik dalam BN dan UMNO..yang suka jatuhkan sesama sendiri..
ReplyDeletesebab tu oposition yakin menang ngan mudah pru 13 nanti..sebab sesama kita ada niat buruk dan hasad dengki.. Der....
Cukup-cukup sudah... sampai disini saja...
ReplyDeleteJgn kita asyik berperasangka buruk terhadap orang, kelak ianya berbalik pada kita.... biar kita bermuhasabah.... dan mencari titik persamaan...
Bagi saya, soal Raja Arif ni berbaik dgn ABIM, ianya kena dipandang secara positif, sebabnya dalam situasi politik hari ini yang sedikit menyentuh aspek kerohanian Islam, dan memberi kesan kepada pemikir-pemikir agama Islam dlm kekeliruan yang ditimbulkan oleh kepimpinan PAS.
Adalah tepat pada masanya bagi Raja Arif serta BTN untuk mendekati mereka ini agar pemikiran mereka ini berubah bagi menyokong BN hasil kecelaruan yang ditimbulkan oleh kepimpinan PAS itu sendiri.
Nak mengharapkan orang UMNO mendekati mereka... memang tidaklah
Nak Harapkan Tuan juga mendekati mereka.... nampak macam tidak juga....
So, bagi pemikiran saya adalah elok juga BTN merapatkan hubungan dengan ABIM ini bagi memberi penerangan serta mendapatkan sokongan mereka agar menyokong BN pada waktu PRU yang makin hampir...
Sebagai umat Islam, kita kena sentiasa berfikiran positif.