Thursday, October 25, 2012

RAKYAT MUAK DENGAN KAMERA AES!! HABIS GAJI BAYAR DUIT SAMAN YANG TAK LOGIK!!

KAMERA AES yang dipasang disekitar jalan di Malaysia telah mendapat kecaman yang cukup hebat sehingga perkara ini dibawa ke parlimen. Tetapi sayang, 'benda' ini akan diteruskan juga untuk mengajar rakyat Malaysia supaya memandu secara berhemah.

Berkesan ke pemasangan kamera AES untuk mendidik pemandu supaya lebih berhemah?

Jawapan yang diterima dari orang ramai adalah tidak berkesan. Kamera AES menimbulkan kemarahan orang ramai. Tak percaya? Tanya sendiri pada rakyat. Jangan salahkan rakyat kalau kerajaan sedia ada dibenci. Jangan salahkan rakyat kalau hilang kerusi empuk. Fahami jiwa dan hasrat rakyat.

Kalau betul-betul nak mendidik dan mengajar pemandu supaya mematuhi peraturan had laju jalan raya bukan begini caranya. Janganlah sambil menyelam minum air. Diswastakan kamera AES ini dan kerajaan menerima tempiasnya.

Di negara-negara luar yang membangun, mereka juga menggunakan kamera AES untuk menangkap pesalah had laju. Tetapi, sebelum tiba dikawasan kamera akan tersedia papan tanda yang memberitahu 'KAMERA AES 100 METER DI HADAPAN'. Di Malaysia ada? Kalau tak ada ia tak akan mendidik pemandu untuk lebih berhemah. Sepertinya kerajaan hanya mahu mencari kesalahan pemandu tanpa niat untuk mendidik.

Seorang sahabat ada juga mengadu berkenaan penggunaan kamera AES ini. Habis duit gaji yang tidak seberapa untuk membayar saman. Kamera automatik yang dipasang tak akan sensitif pada persekitaran yang lengang atau padat ketika itu. Jika lebih 1 kilometer pun akan terkena juga. Adakah jika pemandu mahu memandu secara kecemasan dan jalan lengang, pemandu harus memandu 80km/jam? Apakah ini? Didikan atau kemudaratan?

Fikirkan...

9 comments:

  1. Syarikat yang membekal kamera AES ini mampukah membantu BN memenangi PRU13 majoriti 2/3...akhirnya blogger jugalah yang menjadi benteng bagi menjawab semua persoalan bodoh

    ReplyDelete
  2. Kalau semua nak slow tiba2 kat AES nanti boleh kemalangan... Keadaan ni x terfikir ke... Dari 110kmj nak turunkan ke 90kmj... Masala lah Akan timbal nanti apabila BMW ikut belakang kancil... Baru Ada akal... Masa ni lah nanti kemalangan Akan meningkat kat Lebuh raya... Fikir2 kan lah...

    ReplyDelete
  3. AES akan jadi YES BN akan tumbang.....

    ReplyDelete
  4. Apa beza kereta 1000cc kebawah dan beza 1000cc ke atas?... tahap keselamatan atau saje je kat Malaysia ni nak letak anka kat kuasa kuda kenderaan... munkinn kat Malaysia ni waktu nak tentukan had laju kat sesuatu tempat tu pakai kereta wokwegen lama kot... Saje je nak cakap, mungkin betul...Saya sokong AES, tapi naikkan had laju di lebuh raya sahaja ke 130kmj... kenderaan bawah 1000cc @ 1300cc tentukan had laju max 110 je... tahap kelajuan ikut lorong... orang nak laju ikut kanan... jgn laju2 sagat bahaya...

    ReplyDelete
  5. dah bnyk kali aku bg komen pasal aes ni. mcm2 blog aku dah masuk. cumanya satu aku belum ckp. selain najib, takde sorang menteripun boleh pakai. nak apa2 kena ckp pada najib. dgn najib je boleh cerita. sebab yg lain aku nampak mcm nk sabotaj najib. tu menteri pengangkutan tu... siap boleh cabar pengguna jalan pulak. ada akai ka...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..

    Saya ada komen tentang AES ini di blog saya. Apa yang saya tak puas hati dan apa pula cadangan saya kepada kerajaan utk projek AES ini.

    BN perlu lebih berjaga-jaga dalam setiap tindakan yang dilakukan utk memastikan kemenangan BN di PRU 13.

    LINK : http://jamalrafaie.com/2012/10/adakah-rakyat-terima-kamera-aes/

    ReplyDelete
  7. Dah hampir pasti semua pengomen2 di atas ada lah pemandu2 yg speeding.......AES patut diteruskan. Masalah speed limit nak dinaikkan ke...tu boleh bincang, tapi sya rasa ada sebab kenapa speed limit x berubah....mungkin struktur jalan yg x sesuai

    ReplyDelete
  8. BN beri peluru hidup untuk tembak kaki sendiri

    ReplyDelete

comment please.....