Selepas berjaya menjual tongkat sakti nya dengan harga RM12,000 pada majlis jualan amal tempohari, kini Nik Aziz meneruskan idea untuk menjual apa sahaja yang dimiliki olehnya serta ahlinya demi mengumpul dana untuk memenangi pilihanraya dengan menjual seutas gelang emas milik salah seorang muslimat.
Rasanya duit tabung PAS tidak cukup lagi walaupun telah berjaya menjual tongkat saktinya malah dengan duit derma setiap kali program ceramah fitnah dan maki hamun PAS, ternyata PAS masih kekurangan dana walaupun wakil rakyat mereka menerima elaun tetap tiap bulan dan projek kerajaan negeri bernilai jutaan ringgit.
Bila Nik Aziz buat macam ni teringat salah satu cerita drama tv satu masa dulu. Kisah ajaran sesat yang diketuai oleh seorang Tok Guru yang mendakwa mendapat syafaat dari Allah. Maka dikumpulnya semua pengikut dan menjanjikan syurga dan pahala walau berbuat jahat dalam mempelajari ajarannya.
Maka diarahkan ahlinya supaya menyerahkan isteri-isteri mereka untuk ditiduri kononnya supaya si suami yang redha dengan persetubuhan antara Tok Guru dan isteri mereka akan menjadi pengikut setia dan secara automatik telah tercatat namanya dalam syurga yang ditetapkan.
Dan yang lebih mirip sama dengan tabiat Nik Aziz sekarang adalah jual segala harta yang pengikut mereka ada kononnya untuk membantu ajaran dakwah mereka terus berjalan. Dan dituruti juga oleh pengikutnya. Dijualnya segala perkakas rumah hingga tinggal sehelai sepinggan demi untuk meneruskan dakwah ajaran Tok Guru terbabit.
Teringat juga dalam drama tersebut disuruhnya menjual kenderaan pengikut seperti kereta dan motor kerana dikatakan oleh Tok Guru mereka yang zaman Nabi Muhammad S.A.W. tiada kenderaan seperti itu dan disarankan kepada pengikutnya untuk berjalan kaki. Tapi yang sebenarnya duit hasil jualan kenderaan mereka diberikan kepada Tok Guru dan digunakan untuk berjoli diluar negara.
Mungkin ada yang pernah menonton drama yang diceritakan. Nilaikan sendiri ada tak persamaan antara Tok Guru dalam drama terbabit dengan perbuatan Nik Aziz sekarang?
No comments:
Post a Comment
comment please.....