Wednesday, October 24, 2012

MAAF KHIR TOYO TAK BERMAKNA RONNIE LIU BOLEH TERLEPAS

MAAF Dr. Khir Toyo tidak bermakna yang Ronnie Liu akan terlepas. Ini mengikut pandangan JB sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun termasuk ADUN Sungai Panjang ini.

Bercerita mengenai permohonan maaf yang dibuat oleh Bekas Menteri Besar Selangor ini, pelbagai kesimpulan dan tanggapan telah dibuat sama ada dari ahli UMNO atau puak pakatan. Ada yang marah, tidak puas hati, keliru dan bermacam-macam lagi respon yang diterima dalam blog Dr. Khir Toyo.

Seorang rakan yang agak rapat dengan Dr. Khir Toyo telah menceritakan sebab mengapa ADUN Sungai Panjang ini meminta maaf kepada Ronnie Liu tanpa bersyarat. Ini bermakna jika Dr. Khir sanggup meminta maaf kepada Ronnie Liu maka kes kononnya memfitnah beliau berkenaan kes rumah urut tersebut selesai dan Ronnie Liu tidak meminta apa-apa syarat pun walaupun untuk membayar kos guaman beliau.

Dr. Khir bersetuju dengan cadangan yang DIUTARAKAN SENDIRI OLEH RONNIE LIU untuk menyelesaikan kes ini diluar mahkamah bukan kerana takut kalah tapi kerana tidak mahu membazirkan masa selama 10tahun turun naik mahkamah semata-mata mahu memenangi kes rumah urut tersebut yang dianggap kes kecil dan tidak memberi kesan kepada beliau sebagai pemimpin UMNO.

Dr. Khir sendiri berpendapat adalah lebih elok untuk meminta maaf dan selesai kes kecil ini dan terus menumpukan sepenuhnya terhadap kes rumah beliau yang difitnah ADUN Sekinchan. Sehingga kini kes rumah Dr. Khir tidak selesai dan kerap turun naik mahkamah dan beliau berkata adalah tidak berbaloi jika beliau turun naik mahkamah sehingga 10-20 tahun semata-mata mahu memenangkan kes terpencil tersebut.

Hormat dengan keputusan Dr. Khir yang meminta maaf. Lagi pun kita umat Islam amat dituntut untuk memohon maaf dan jika Ronnie Liu telah menawarkan permohonan maaf tersebut kepada Dr. Khir adakah beliau tidak mahu meminta maaf kepada pemimpin DAP tersebut? Sedangkan sahabat Nabi suatu masa dahulu pun meminta maaf kepada hamba sahayanya ini kan pula umat Islam biasa.

Walaupun kes ini telah selesai, namun ini tidak bermakna yang Ronnie Liu tidak bersalah. Laporan polis telah dibuat pada tahun 2007 berkenaan kes menghalang penjawat awam menyerbu dan menyita rumah urut di Subang Jaya.

Tuduhan Dr. Khir berasas dan bukan beliau yang membuat laporan polis tersebut tetapi oleh seorang Pegawai Penguatkuasa MPSJ pada 02 November 2007. Kes mahkamah masih boleh berjalan untuk mendakwa Ronnie Liu jika Pegawai Penguatkuasa tersebut meminta untuk dibicarakan dan dibuka fail kes siasatan tersebut.

Jadi jangan ingat pemimpin DAP Ronnie Liu tidak bersalah totally. Dr. Khir hanya mahu berundur untuk menumpukan perhatian pada kes fitnah Ng Suee Lim. Biarlah apa orang nak kata. Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Berapa orang sangat pemimpin kita yang berani meminta maaf selain Perdana Menteri yang sanggup menurunkan sedikit ego mereka untuk meminta maaf kepada orang lain.

Jangan terus menuduh jika tidak tahu hujung pangkal.

No comments:

Post a Comment

comment please.....