Monday, October 29, 2012

AZIZ BARI BERTANDING DI PARLIMEN SABAK BERNAM?? ANTARAPOS SILAP!!

AZIZ Bari nak bertanding kat Parlimen Sabak Bernam? Biar betul!! Langkah mayat Badrul Amin (Ustaz 3 pagi) dulu... Aziz Bari nak bertanding atas tiket apa? PKR?

Lawak la bila tengok artikel kat AntaraPos ni... Sah-sah tak buat homework sebelum menerjah ke kawasan Parlimen Sabak Bernam yang konon Aziz Bari akan bertanding pada pilihanraya akan datang.

Meh aku nak betulkan sikit. Parlimen Sabak Bernam ada 2 DUN je; Dun Sabak (Warno Dogol) dan Dun Sg. Air Tawar (Raja Ideris). Bukanlah 4 DUN seperti pada artikel terbaru portal tersebut. 

Dun Sg. Panjang (Khir Toyo) dan Dun Sekinchan (Ng Suee Lim) adalah di bawah Parlimen Sungai Besar (Noriah Kasnon). Jadi jangan suka-suka hati nak buat artikel yang nampak sangat tak ada research. Awak tu portal femes, jadi jangan buat malu...

Jadi kalau mengikut percentage pada pengundi serta keputusan pilihanraya yang lepas-lepas, aku yakin yang Aziz Bari tak akan menang dengan mudah kerana pengaruh Rahman Bakri, Warno Dogol dan Raja Ideris masih kuat kat Parlimen Sabak Bernam. Minta Aziz Bari jangan bermimpi dahulu.

Satu lagi maklumat yang aku dapat dan dari sumber yang kukuh. Aziz Bari telah ditolak oleh ahli-ahli PKR sendiri di Sabak Bernam. Hanya janji Anwar yang meletakkan profesor kangkung ini di Sabak Bernam yang menjadi modal untuk beliau terus berkempen di sana.

Sebelum Aziz Bari layak untuk bertanding calon, beliau perlu berhadapan degan Badrul Amin terlebih dahulu kerana kerusi Parlimen Sabak Bernam sudah jelas dan mendapat sokongan penuh dari ahli-ahli PKR kawasan untuk memilih Badrul Amin menjadi mereka....

No comments:

Post a Comment

comment please.....