Kerajaan PR Selangor tidak lagi boleh menafikan bahawa negeri itu bakal mengalami krisis bekalan air yang buruk dalam masa terdekat apabila bukti-bukti kukuh mengenai kekurangan air di empangan-empangan didedahkan. Sebelum ini mereka cuba meremehkan isu tersebut konon mainan politik Barisan Nasional, tetapi nada mereka kemudiannya berubah dan cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka punya strategi sendiri untuk menanganinya.
Antaranya, melakukan pembenihan awan dan menggunakan air dari bekas lombong untuk menampung keperluan di Lembah Kelang. Ini dinyatakan sendiri oleh exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar.
Bagaimanapun, kedua-dua penyelesaian yang dicanangkan kerajaan PR Selangor ini adalah tidak praktikal. Ini kerana pembenihan awan tidak mampu memastikan seratus peratus kejayaan. Kalau pun berjaya, ia masih tidak menyelesaikan masalah utama iaitu, bukannya kekurangan air mentah, tetapi bekalan air yang dirawat.
Begitu juga dengan menggunakan air lombong sebagai penyelesaian kerana air lombong mengandungi logam berat yang tinggi selain bakteria dan mikroorganisma yang membahayakan pengguna. Logam berat yang amat membimbangkan yang banyak terdapat di dalam air bekas lombong adalah logam arsenik (As). Arsenik mampu menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah penyakit hati, buah pinggang dan pebagai jenis kanser.
Baca pendedahan selanjutnya di SINI.
No comments:
Post a Comment
comment please.....