Ng Swee Lim bersama kira-kira 100 orang penyokong yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Industri Sarang Burung Walit dari seluruh negeri menyerahkan memorandum kepada Dato Seri Noh Omar di majlis sambutan Hari Raya diperkarangan Pejabat Umno Bahagian Tanjung Karang. Memorandum bantahan tersebut dilakukan oleh persatuan penternak burung walit bagi menunjukkan bantahan terhadap proses menandatangani surat persetujuan diantara Republik China dan Malaysia.
Antara kandungan yang terdapat dalam memorandum tersebut ialah mereka mendakwa bahawa pihak kementerian mengenakan syarat memaksa agar setiap penternak memasang Radio Frequency Identification (RFID) adalah untuk mengaut keuntungan sendiri.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menjawab segala persoalan yang terkandung dalam memorandum yang sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang berhubung isu penternakan sarang burung walit. Dato Seri Noh menjawab persoalan yang dibuat oleh pihak pembangkang itu selepas memorandum tersebut dibacakan oleh Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Sarang Burung Walit Malaysia, Lim Lai Soon.
"Saya telah berbincang dengan pihak negara Cina bahawa kita tidak mahu RFID dan ia telah dipersetujui, tetapi kenapa isu ini masih dipersoalkan?.Telah berulang kali saya beritahu bahawa RFID hanya dilakukan oleh pengeksport, penternak rumah burung walit hanya perlu mendaftar kan rumah tersebut dengan pusat vaterinar.
"Anda (penternak) tidak faham mengenai isu ini, sebab itu anda timbulkan isu yang sudah mendapat kata putus dari kabinet," katanya ketika menjawab salah satu memorandum yang dibuat oleh persatuan tersebut.
Beliau turut menjawab mengenai persetujuan yang akan ditandatangani dengan negara Cina pada 20 September ini.
"Persetujuan ini perlu bagi mengelakkan harga sarang burung walit terus merundum. Dahulu, harga mencecah RM6, 000 dan kini jatuh sehingga RM1, 500.
"Jika perkara ini tidak diselesaikan, harga sarang burung walit akan jatuh ke RM800 atau RM700, " tambahnya lagi ketika membidas memorandum tersebut.
Dato Seri Noh Omar juga turut menegaskan disitu bahawa tuduhan pembangkang terhadap kerajaan yang tidak mengambilberat mengenai rakyat adalah tidak benar kerana kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
"Kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat.Kami (kerajaan) sentiasa tunaikan janji kami kepada rakyat," katanya.
Sesi menjawab berakhir apabila timbul rasa tidak puas hati dikalangan pihak pembangkang terhadap penjelasan yang diberikan oleh Noh Omar.
Ternyata pihak Pembangkang mengatur pelbagai strategi untuk menjatuhkan Kerajaan dengan "menghasut" pelbagai pihak. Hal ini sangat nyata dan jelas apabila banyak kejadian yang melibatkan prokasi yang dirancang oleh pihak Pembangkang.
No comments:
Post a Comment
comment please.....