Gerakan Prihatin Rakyat Selangor melihat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hanya berdolak-dalik dalam menangani isu tuntutan air percuma ini.
Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, apa yang dituntut oleh penduduk dan rakyat Selangor ini sangat jelas, air percuma diberikan serta merta dan dibayar tunggakan bermula dari tahun 2008 hingga ke hari ini kepada mereka yang belum menerima air percuma ini.
“Jadi Menteri Besar tak perlu berdolak dalik, kalau inilah kerja MB, sedia disaman dan kerajaan negeri sedia untuk berhadapan dengan saman penduduk, ini sebenarnya bukan penyelesaian. Kita nampak ini bukanlah satu tindakan yang tidak bijak dan Exco-exconya pun berdolak dalik serta tidak ada satu langkah atau usaha yang dibuat oleh Menteri Besar sebagai respon terhadap apa yang dibuat dan disuarakan oleh penduduk.
Selepas ini, dengan respon dan maklum balas yang diterima, saya yakin lebih banyak penduduk yang akan menfailkan saman-saman terhadap MB dan kerajaan negeri Selangor kerana mereka (MB dan kerajaan negeri) yang memulakan provokasi kepada penduduk-penduduk yang tidak mendapat air percuma. Kita bercabap hanya untuk mereka yang belum dapat air percuma, yang menuntut ini ialah mereka yang bukan sahaja tidak mendapat malah belum merasa air percuma, dalam nilai duit ataupun air itu sendiri,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama dengan sebahagian penduduk yang menfailkan saman di sini hari ini.
Terdahulu, seramai 2,020 pengguna air dari kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM1.1 juta terhadap kerajaan negeri Selangor atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma.
Selain kerajaan negeri sebagai defendan pertama, plaintif, Kamarulazman Kamarudin yang mewakili 2,019 pengguna air lain turut menamakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.
Sumber : Hasrat-Selangor
rakyat menuntut kecerdikan mb dlm menyelesaikan isu saman ini. rakyat nakkan nilai wang dpd air percuma yg belum dapat serta mendapat hak ke atas air percuma tersebut. bukan kenyataan 'SEDIA DISAMAN'. sedia disaman hanya sesuai dilafazkan oleh tokey kilang, bukan oleh menteri besar.
ReplyDelete