Puak pakatan semakin terdesak untuk meneruskan agenda merampas Malaysia.
Akibat dari desakan itu, seorang pegawai khas kepada adun di Johor telah menerima satu panggilan ugutan bunuh dari seorang lelaki. Semakin ganas nampaknya puak ni.
Mungkin terpengaruh dengan adegan mengacukan pistol oleh pengawal Anwar baru-baru ini, maka mereka seperti telah mendapat lesen besar untuk membuat ugutan bunuh kepada sesiapa yang menyokong kerajaan.
****************
Akibat dari desakan itu, seorang pegawai khas kepada adun di Johor telah menerima satu panggilan ugutan bunuh dari seorang lelaki. Semakin ganas nampaknya puak ni.
Mungkin terpengaruh dengan adegan mengacukan pistol oleh pengawal Anwar baru-baru ini, maka mereka seperti telah mendapat lesen besar untuk membuat ugutan bunuh kepada sesiapa yang menyokong kerajaan.
****************
JOHOR BAHARU - Seorang pegawai khas kepada seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang individu, semalam.Anthony Lee Kim Kwang, 51, membuat laporan berkenaan petang semalam di Balai Polis Taman Johor Jaya, di sini selepas menerima ugutan menerusi panggilan telefon pada 11.17 pagi semalam.
"Panggilan itu diterima ketika saya sedang mengikuti satu program lawatan di Rumah Pangsa Laman Tasik Pandan, di sini. Ia adalah suara lelaki yang menjerit nama saya iaitu 'Lee Kim Kwang' sebelum panggilan itu kemudian terputus," katanya kepada pemberita pada pertemuan yang diatur MCA Cawangan Permas Selatan, di sini hari ini.Lee berkata dia kemudian bertindak menghubungi semula nombor terbabit dan suara lelaki yang sama kemudian bertutur dalam loghat Hokkien dengan mengugut mengatakan akan mencari dan menembaknya.
Beliau berkata lelaki terbabit mendakwa dia mewakili seorang rakannya yang tersinggung dengan percakapan Lee pada program tinjauan masalah perparitan di Bandar Permas Jaya, di sini beberapa hari lepas.Lee yang berasa sangat gusar dan bimbang keselamatannya terancam terus memaklumkannya kepada beberapa rakan dan Adun berkenaan sebelum kemudian dinasihati membuat laporan polis.
Katanya ugutan seumpama itu merupakan kali pertama diterimanya sejak berkhidmat sebagai pegawai khas sejak empat tahun lepas.
Sementara itu, Pengerusi MCA Cawangan Permas Selatan Shium Chan Teck pula berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti individu yang terlibat dengan jenayah terbabit.
"Kita percaya negara ini ada undang-undang dan kita serahkan kes ini kepada pihak polis," tegasnya.- Bernama
Tidak hairan kes ugut-ugut bunuh oleh PR sebab bos pemimpin PR ada Pengawal yang boleh tembak orang...Oleh Mat Bond.
ReplyDelete