Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menganggap perselisihan pendapat antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa sebagai tidak penting.Veteran DAP, Lim Kit Siang yang diminta mengulas hanya memberikan reaksi ringkas iaitu DAP tidak akan campur tangan kerana menganggap ia sebagai isu peribadi kedua-dua tokoh itu.
“Setakat yang DAP faham, ia adalah isu peribadi di antara Karpal dan Nasharudin dan melibatkan dalaman PAS,” ujarnya ringkas.
Perbalahan di antara kedua-dua ahli politik ini bermula apabila Nasharudin telah menuduh Karpal sebagai seorang yang anti-Islam kerana menolak bulat-bulat cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di negara ini.Ahli Parlimen Bachok itu turut dilihat mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan parti apabila menggesa PAS mengkaji semula kedudukannya bersama Pakatan Rakyat jika benar-benar mahu memperjuangkan Islam.
Nasharudin turut dilihat bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siri lawatan ke luar negara untuk bertemu dengan ulama-ulama seluruh dunia.
Sementara itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam sidang media yang sama berkata parti itu tidak akan campur tangan dalam perbalahan berkenaan kerana melihat isu tersebut sebagai masalah dalaman PAS."Isu Ustaz Nasharudin ini kita rujuk Majlis Syura PAS. Dalam tradisi kita (Pakatan), sebagai mana PAS, tidak campur isu disiplin PKR, kita juga tidak pernah berhasrat untuk campur (isu PAS). Soal tohmahan itu soal lain,” katanya. - AntaraPos
posted from Bloggeroid
Sketsa Pagi Mencari Pulau Idaman
ReplyDeletedinturtle
http://dinturtle.blogspot.com/2012/09/sketsa-pagi-mencari-pulau-idaman.html
Sebuah sketsa yang dikirim oleh seorang pengomen bernama Anonymous, Bin dia tak sebut, di artikel sebelum ini. Suka saya berkongsi dengan pembaca di pagi ini sebelum kerja menggosip sebenar bermula hehehe .... oya, ayat yang 'kona baring' tu saya tambah.
Cerita mengisahkan perjalanan sekumpulan manusia didalam satu kapal mencari Pulau Idaman..
Dlm kapal tu ada 3 group. Setiap group mempunyai ahli kumpulan masing2. Group1 diketuai oleh mat jenin, group2 diketuai oleh apek tua dan group3 diketuai oleh pak lebai. Mat jenin telah melantik dirinya sendiri sbg kapten kapal.
Semasa kapal tu berada di tengah2 lautan, tiba2 laut bergelora dan menyebabkan kapal terhuyung-hayang dibadai ombak ganas. Memandangkan kapal tersebut terlebih muatan, ianya berisiko tinggi utk karam.
Maka, kapten kapal pun bertanya kpd anak2 buahnya. Siapa yg sanggup dikorbankan? Tiba2 ahli2 dari group pak lebai berebut2 menawarkan diri. Mereka berkata, "kami sanggup mengorbankan diri demi jihad menuju pulau impian." Selepas menyatakan kesanggupan mereka mengorbankan diri, maka seorg demi seorg terus terjun ke laut. Sehingga tinggallah pak lebai seorg diri.
( TAKBIIIIIILLLL ! ....... Jerit apek tua tu setiap kali seorang terjun kedalam laut
TAKBIIiiiiiiiirrrrrrrr ....... sahut sipenerjun sambil hilang ditelan ombak )
Selepas itu, kapal pun kembali stabil. Saat kegembiraan mereka nampaknya tidak lama kerana tiba2 angin bertiup kencang. Kapal tersebut bergoyang-goyang ditiup angin.
Maka, sekali lagi kapten kapal bertanya, "kali ini siapa yg sanggup korbankan diri sendiri". Tiba2 ahli2 dari kumpulannya sendiri menyahut,"kami sanggup". Kemudian mereka terus terjun ke laut mengorbankan diri sendiri.
( LEFOMASI ! ! teriak apek tua itu setiap kali seorang terjun keluar .....
Reformasiiiiiiiiiiiiiiinnn ..... sahut sipenerjun .... erk ! yang nnnnn itu mungkin merujuk kepada rasa air laut )
Kapal pun kembali menjadi sedia kala dan mul belayar dgn tenang. Sehingga tiba di suatu kawasan perairan yg penuh dgn jerung ganas. Jerung2 itu melanggar kapal itu dan menyebabkan kapal berada dlm keadaaan yg bahaya. Jerung2 itu memerlukan seorg manusia sbg korban sebgai syarat utk melepaskan kapal itu.
Oleh itu, pak lebai menawarkan diri demi menyelamatkan kapal itu. Atas dasar jihad, pak lebai pun terus terjun dari kapal tu. Selepas menerima habuannya, jerung2 itu pun melepaskan kapal itu utk meneruskan pelayarannya.
( Seperginya aku ini, kamu teruskan perjuangan kami ! pesan pak lebai itu sebelum terjun.....
HULUD ! HULUD ! HULUD ! teriak apek tua bersama orang2nya ... )
Selepas sebulan belayar akhirnya kapal tersebut telah semakin hampir dgn pulau impian. Hanya dlm jarak kira2 10km sahaja. Di pulau itu memang menjadi idaman semua kapal kerana di situlah terletaknya harta karun yg melimpah ruah.
Oleh kerana ketamakan telah menguasai apek tua dan gengnya terhadap harta tersebut, mereka merancang supaya mat jenin merangkap kapten kapal tidak mendapat bahagiannya. Tiba2 mereka mendapat satu akal. Mereka terus mengikat kapten kapal dan ramai2 menghumbankannya ke dlm laut. Maka mati lemaslah kapten kapal tersebut. Akhirnya, apek tua melantik dirinya sendiri sebagai kapten kapal dan terus melantik dirinya sebgai ketua kampung pulau impian.
Begitulah kisahnya........ dinturtle