Ketika angin perbalahan semakin kencang di antara Nasharudin Mat Isa dan Karpal Singh berkenaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS, tiba-tiba Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS pula sudah mula naik angin dengan pertikaian Karpal yang menentang hukum hudud.
Dalam akaun twitternya malam tadi Nasrudin Hassan Tantawi berkata yang Karpal tidak sepatutnya telalu melampau dalam menentang hukum hudud yang disaran PAS. Malah, beliau juga meminta pemimpin DAP yang lain menasihati Karpal berkenaan pertikaian hukum hudud ini sebelum timbul api kemarahan umat Islam.
JB lihat fenomena anti-Islam yang digarap oleh Karpal dalam DAP telah menjadi dan ribuan ahli DAP yang totally anti-Islam dan anti-Melayu telah bersetuju kerana tiada sebarang kenyataan balas atau menghalang Karpal dari terusan mengeluarkan kenyataan terbabit.
JB harap semua ahli dan penyokong PAS sedar. Fikirkan.
Ermmm ...tu le gamaknya .... bongkak dok kata 'update' kat Uztaz Fathul Bari ... kata ni la ... kata tu la ... haaaaaa sekarang siapa yang perlu 'update' ni ...
ReplyDelete