2014 masih adakah bekalan air? Itu yang sering dikatakan sejak dua menjak kebelakangan ini yang mana menimbulkan kerisauan kepada hampir sejuta penduduk Selangor. Ini bukan igauan lagi. Ini adalah benda yang paling tidak boleh diterima oleh manusia sejagat yang memerlukan air dalam setiap aktiviti harian mereka.
Walau kita berada dalam zaman maju tetapi air masih menduduki tangga utama dalam kehidupan setiap makhluk di muka bumi. Bukan hendak menidakkan hukum tuhan. Memang betul sekarang musim tengkujuh dan hujan turun hampir setiap hari dan ramai yang beranggapan yang penduduk di Selangor khususnya tidak akan terputus bekalan air walau tahun 2020 sekalipun.
Ini bukan mengenai air yang turun setiap hari dan memenuhi sungai-sungai dan empangan yang ada. Ini adalah tentang sumber air bersih yang terawat daripada empangan yang mempunyai sistem penapisan supaya rakyat Selangor dapat menikmati air bersih untuk meneruskan aktiviti harian mereka.
Keengganan Khalid Gagap untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan sumber air bersih kepada rakyat Selangor membuatkan semua penduduk akan mengalami catuan melampau akibat kekurangan air bersih. Jika Khalid Gagap mahu selamatkan penduduk Selangor, beliau sepatutnya memberi kerjasama dalam pembinaan loji Langat 2 yang bakal menampung keperluan jutaan penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Khalid dinasihati jangan terlalu pentingkan diri sendiri dan kroni hingga membahayakan nyawa rakyat yang memerlukan pembelaan dari Menteri Besar yang dipilih. Jalankan tugas dan jangan bongkak! Fikirkan.
No comments:
Post a Comment
comment please.....