Tindakan Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin yang keluar dan melepaskan semua jawatan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak harus dilihat sebagai ancaman kepada keutuhan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya, pemimpin serta anggota BN di Sabah perlu menjadikan perkara itu sebagai cabaran dalam mempererat dan memperkukuh perpaduan sesama anggota parti.
“Apa yang berlaku pada mereka sudah dijangkakan, di mana pada pandangan saya, ia boleh diselesaikan.
“Saya harap kepimpinan Umno dan kepimpinan BN Sabah tidak memandang ringan apa yang berlaku, sebaliknya menjadikan ia sebagai hikmah untuk mengukuhkan parti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan (MIDES) di sini Isnin.
Beliau diminta mengulas pengumuman Bumburing yang juga Anggota Parlimen Tuaran keluar parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) manakala Lajim yang melepaskan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort.
Mengenai tindakan Lajim yang melepaskan semua jawatan namun tidak sebagai anggota Umno, Ahmad Zahid berkata ia merupakan urusan dan hak peribadi, namun keenganannya melepaskan jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan anggota Umno dilihat sebagai tindakan tidak matang dari seorang ahli politik berpengalaman.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan tidak menolak kemungkinan perkembangan terbaru itu adalah satu permainan yang dicetuskan pembangkang bagi memecah keharmonian sesama anggota BN. -UMNO-ONLINE
UMNO/BN seharusnya tidak memandang rendah akan kemampuan dan keupayaan DSP Wilfred Bumburing dalam arena politik diSabah. Dia ada lah salah seorang pemimpin 'besar' dan berpengaruh pada bangsa KDM.Kalau bangsa, pemimpin dan maruah mereka diperlekeh, mereka boleh bersatu dgn hanya satu slogan sahaja.Kepimpinan UMNO sepatutnya lebih 'accomondative'terhadap permintaan pemimpin2 dari KDM sebelum ini..ini dia langsung tidak diberi muka pun.
ReplyDelete