Pada tanggal 15 Oktober 2011,seorang pelabur berbangsa Jepun yang bernama En. Takao Kono telah menerima kunjungan En. Fernando (Umar ) Vadillo dan telah diberitahu tentang program dinar dan dirham sepertimana yang telah dijalankan oleh Kerajaaan Kelantan.En. Vadillo telah meyakinkan En. Kono bahawa pelaburan dalam skim dinar dan dirham adalah satu program yang menguntungkan.Ia bukan sahaja mendatangkan faedah kepada pelabur tetapi juga mendatangkan faedah kepada masyarakat yang mengguna dinar dan dirham terutamanya untuk membela mereka yang miskin.Sebaik sahaja selesai perbincangan antara En. Vadillo dan En.Kono, dan atas keyakinan yang diberikan oleh En. Vadillo, Pelabur Jepun (En. Kono) telah bersetuju untuk menyediakan sejumlah wang pelaburan sebanyak 1 juta USD bagi tujuan merealisasikan program dinar dan dirham.En. Vadillo juga menambah bahawa tujuan utama peruntukan 1 juta USD tersebut adalah bagi mengeluarkan dinar dan dirham Kelantan kerana mengikut katanya pengeluaran siri baharu dinar dan dirham telah tergendala disebabkan beberapa masalah yang di hadapi oleh syarikat pengeluaran Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.
Jumlah yang dipersetujui tersebut (1 juta USD) disediakan oleh En. Kono dalam masa satu bulan. Walaubagaimanapun, sebaik sahaja peruntukan tersebut disediakan,En. Vadillo telah memberitahu bahawa masalah yang dihadapi oleh Kelantan Golden Trade tidak dapat diselesaikan dan situasi dalam syarikat tersebut tidak dapat diselamatkan lagi.Pada waktu yang sama En. Vadillo juga menyatakan bahawa satu perjanjian sedang dalam proses permeteraian antara pihaknya dan Sultan Johor, dimana Baginda Sultan telah bersetuju untuk mengeluarkan dinar dan dirham untuk negeri Johor dibawah mohor rasmi Baginda Sultan.Dengan itu,peruntukan 1 juta USD tersebut sekarang beralih untuk tujuan mengeluarkan dirham dan dinar bagi negeri Johor.Setelah menunggu beberapa minggu,kenyataan En. Vadillo ternyata tidak benar dan perjanjian yang dikhabarkan tidak menjadi realiti. Lanjutan dari kejadian ini,En. Vadillo menyatakan bahawa dia telah memperolehi persetujuan dari Baginda Sultan Kedah (DYMM Yg Dipertuan Agong sekarang) untuk mengeluarkan dinar dan dirham untuk negeri Kedah.Namun,sekali lagi,kenyataan ini tidak menjadi realiti dan tiada perjanjian dimeterai.
Pada lewat 2011,En. Vadillo telah membawa En. Kono berkunjung ke Jolo di Kesultanan Sulu,dalam kunjungan tersebut mereka telah bertemu dengan Sultan Sulu dan Sultan Sulu telah bersetuju untuk menerbitkan dinar dan Dirham sebagai matawang rasmiKesultanan sulu.En. Vadillo telah berjanji untuk menyediakan matawang tersebut dalam bentuk duit emas dan perak dan akan di hantar kesultanan Sulu pada Februari 2012.Disebabkan keyakinan yang diberikan oleh En.Vadillo yang menyatakan bahawa faktor masa semakin tertekan bagi tujuan penyediaan dirham dan dinar Kesultanan Sulu,En. Kono telah di pengaruhi agar memindahkan peruntukan 1 juta USD tersebut kedalam akaun pedagang emas dan perak di Abu Dhabi (Gold Bullion Company).Pedagang yang dikenali sebagai En. Thani ini telah dikenalkan oleh En. Vadillo kepada En.Kono pada Mac 2012.
En.Kono memindahkan wang tersebut bagi tujuan pembelian emas dan perak, dan menyimpan emas dan perak tersebut didalam bilik kemudahan yang disediakan oleh syarikat En.Thani. Invois berkenaan pembelian tersebut juga dikeluarkan oleh syarikat En.Thani kepada En. Kono. Pelan yang dipersetujui adalah untuk menggunakan emas dan perak tersebut apabila tiba waktunya,bagi tujuan menjadikan duit emas dan perak untuk kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun, setelah menunggu hingga Februari 2012,tiada apa-apa pun berlaku dan Kesultanan Sulu tidak menerima Dinar dan Dirham yang dijanjikan oleh En. Vadillo.Pada waktu yang sama En. Vadillo menyatakan bahawa dia telah dijanjikan oleh Sultan Cirebon dan Ternate (Indonesia) bagi mengeluarkan dinar dan dirham untuk kesultanan masing-masing.Dia juga menambah bahawa kerajaan Zimbabwe dibawah kepimpinan Robert Mugabe juga telah mempersetujui agar dia mengeluarkan matawang emas dan perak untuk Kesatuan Afrika. Selama episod meyakinkan En.Kono tentang skim dinar dan dirham ini,En. Vadillo telah membelanjakan sebanyak USD 250,000 wang tambahan milik En. Kono,bagi tujuan kos operasi.
Pada waktu ini,En.Kono telah hilang keyakinan pada segala pernyataan En.Vadillo dan ingin menarik diri dan pelaburannya dari menyertai program yang dijanjikan.Apabila En.Kono mennghubungi En. Thani di Abu Dhabi bagi tujuan mengeluarkan emas dan perak miliknya,beliau telah dikhabarkan bahawa Emas dan perak tersebut telah dihantar ke Kazakhstan. Menyedari bahawa dirinya ditipu dan wangnya dirompak, En. Kono membut laporan polis pada 28 Mei 2012. - Sel13.Com
This Vadillo is a so called SUFI (freemasonic)shaykh (with idhn by telephone)of the Murabitun movement linked to the Jacobite Freemason Ian Dallas. They have been involved in several scams, amongst others the Aghnagairn House scam in Scotland, the Mosque sale in al-Baysin in Spain after a donation was received. They sold it to nuns. As well as the attempted sale of a mosque in Norwich which was valiently averted by local Muslims who put a stop to it. Vadillo's Murabitun have been living off the fat of Muslim comunities for decades, using Islamic terminology in their dawa.
ReplyDelete