Konco-konco ku

Tuesday, June 26, 2012

INDONESIA TAK AKAN BERHENTI CARI PASAL DENGAN MALAYSIA!!



KUALA LUMPUR, 25 Jun - Tindakan kekerasan yang membabitkan kepentingan Malaysia di Indonesia kebelakangan ini tidak menggambarkan pendirian kerajaan serta 240 juta rakyat republik itu secara khusus, kata Speaker Dewan Perwakilan Republik Indonesia Dr Marzuki Alie.


Beliau berkata golongan yang bertindak melakukan kekerasan dan menimbulkan komen-komen provokatif berhubung isu tarian Tor Tor masyarakat Mandailing baru-baru ini sebenarnya adalah golongan yang tidak faham tentang sejarah.

"Indonesia masih membangun, sedikit sekali yang faham tentang sejarah bagaimana rakyat Indonesia berhijrah ke Malaysia sehingga menjadi warganegara Malaysia dan mereka tentunya mahu pertahankan budaya yang dibawa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bangunan Parlimen, Isnin.

Marzuki berkata golongan yang faham tentang sejarah tentunya tidak akan bertindak sedemikian kerana mereka sememangnya sedar bahawa masyarakat Mandiling di Malaysia juga berasal dari Indonesia yang berhijrah ke negara ini sejak ratusan tahun lalu.

- BERNAMA

4 comments:

  1. Trend memburukkan malaysia di indon tak akan pernah berakhir..percayalah..

    Tunggu lah,pasti ada isu yang akan menyusul lagi.

    ReplyDelete
  2. Memang bukan semua indon benci Malaysia mungkin setakat 200 juta aje dr 240 juta.

    Sepatutnya kerajaan indon harus bertindak tegas pada rakyat dan media negaranya yg selalu membikin onar terhadap negara jiran,bukan sekadar keluar statement seperti yg di atas.Itu statement 'by default' setiap kali berlaku kebiadapan indon terhadap Malaysia.

    Kalau macam tu senang banyaklah indon.Setiap kali kedutaan kena baling taik,setiap kali bendera kena bakar,cuma perlu cakap bukan semua begitu..

    ReplyDelete
  3. Mohon dipautkan blog saya di blog ini.
    Blog anda telah saya pautkan.

    http://assassincyber.blogspot.com

    tq

    ReplyDelete
  4. hidup tak aman kalau asyik nak tuduh menuduh..

    ReplyDelete

comment please.....