Konco-konco ku

Sunday, May 27, 2012

"PEMUDA UMNO SIAL! PEMUDA UMNO CELAKA!" KATA-KATA ANWAR AKAN MAKAN DIRI!!!

Insiden cemas yang berlaku semasa ceramah pakatan yang menampilkan Anwar Jubri sebagai penceramah dan ceramah Barisan Nasional yang menampilkan Ummi Hafilda sebagai pembongkar cerita dongeng Anwar Jubri dan Azmin Derhaka hanya 50 meter antara mereka dan dipisahkan oleh pagar sahaja.

Polis sudah bersiap sedia menjaga kedua-dua ceramah supaya tidak berlaku insiden yang tidak diingini. Tapi malang, Anwar Jubri tetap melakukan provokasi terhadap ceramah BN dan penyokongnya mula melempar batu ke arah kawasan ceramah BN. Malah ada juga saksi yang menyatakan penyokong Anwar juga membaling batu ke arah kawasan ceramah pakatan sendiri sehingga ada yang cedera di kedua-dua belah pihak.

Episod sedih drama pakatan akan terus berlangsung dengan berita penyokongnya cedera, dan apabila penyokong BN cedera mereka tidak akan hiraukan kerana pakatan memang dari dulu hanya boleh dapat undi kesian dari rakyat Malaysia. Ini strategi Yahudi Zionis! Tapi PAS tidak pernah sedar yang ketua mereka adalah seorang yang boleh dikatakan murtad kerana menyokong pembunuh rakyat Palestin.

Itu semua halal bagi mereka dan dosa Anwar hanyalah bak debu yang jika ditiup boleh terhapus dan layak masuk syurga binaan PAS. 

"Pemuda UMNO SIAL! Pemuda UMNO CELAKA!" Adalah satu perkataan makian yang terang-terang menaikkan darah orang Melayu terutama Pemuda UMNO. Sentimen politik kotor Anwar terus berlarutan sehingga kini. Jika PM DS Najib Tun Razak hanya berkata "PAKATAN HARAM JADAH!", jenuh lah dicanangnya hingga kiamat tentang perkataan yang menyakitkan hati mereka itu. Tapi mereka tak sedar yang ayat yang terpacul keluar dari mulut Anwar lebih dahsyat impaknya kepada hati orang Melayu.

Mari kita buat perbandingan yang mana perkataan paling hina antara kedua-dua pemimpin ini. HARAM JADAH? atau SIAL DAN CELAKA? JB perlukan jawapan dari kalian. Jawapan yang Ikhlas.

3 comments:

  1. Memang umno yana mulakan dulu insiden ni terang2 semua yang ada da situ dah tahu dah

    ReplyDelete
  2. salahtu kamu kamarul aku ada kat situ puak kamu yang mulakan dulu, mana2 pun tempat puak BN selalunya lebih berdiplin bukan macam puak kamu, puak liar.....

    ReplyDelete
  3. ~Sejarah Umo menolak Rang Undang undang halang murtad:
    1. Sebelum itu, pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Haji Hadi telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad telah ditolak juga tanpa dibahas.
    2. 2 November 1999, Tuan Guru tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.
    3. Rang Undang-Undang Murtad pernah dikemukakan dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006 tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh UMNO tanpa dibahaskan.
    4. Usul meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam pernah dikemukakan dalam sidang Parlimen tetapi juga telah ditolak mentah-mentah tanpa dibahaskan oleh UMNO.
    5. Umno berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah.

    ReplyDelete

comment please.....