Thursday, May 31, 2012

KAK JAT TAK BERSALAH DAN TAK ADA KENA MENGENA DENGAN NFC!!!

Berita yang baru JB terima dari sahabat yang mengikut sidang media sebentar tadi. SPRM mengumumkan di dalam sidang akhbar bahawa DS Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat di dalam pemberian pinjaman atau kontrak sebanyak RM250 juta kepada NFC. Wartawan dimaklumkan bahawa siasatan terhadap beliau telah ditutup.

Tahniah diucapkan kepada Kak Jat atas berita yang mungkin menggembirakan hati orang yang teguh berdiri dibelakang Ketua Wanita UMNO Malaysia ini. Dan takziah kepada pecacai-pencacai samada yang di dalam atau di luar UMNO.

Jangan menghukum orang sebelum keputusan belum tercapai, busuk nama nanti. JB bersetuju dengan tulisan House PK menerusi artikel terbarunya bertajuk "RAKYAT HAKIM NEGARA! DAKYAH AL JUBURI YANG DIDOKONG OLEH HANJENG GILA!" yang mana kita dapat lihat masih ada segelintir ahli UMNO yang terus mahu membunuh karektor politik Kak Jat walau SPRM belum mengeluarkan sebarang keputusan.

Sudah-sudahlah menikam rakan dari belakang. Jangan kerana sebab kuasa dan wang kita dibutakan dengan perjuangan asal UMNO. Fikirkan baik buruk sebelum malu sendiri.

No comments:

Post a Comment

comment please.....