Monday, April 30, 2012

SIRI 6: WARGA KL TOLAK BERSIH 3.0!!! JB DISIMBAH AIR!!

Warga KL tolak bersih! Siapa cakap yang semua rakyat sokong bersih? PENIPU!!! Warga KL khususnya amat marah dengan tindakan penganjur bersih yang berlokasi di dalam kawasan mereka mencari rezeki. Inilah kenyataan yang sebenar yang disorokkan oleh penganjur bersih.

Sepanjang JB mengikuti perarakan himpunan hijau dari KLCC, JB tiada nampak pun satu kedai runcit atau kedai makan yang buka. Semua sudah ditutup dan ada yang telah meletakkan notis sejak seminggu lalu yang pada 28 April kedai TERPAKSA ditutup akibat bersih. Maka berpasirlah periuk nasi orang KL.

Siapa yang berani bukak kedai masa gawat dan ganas seperti ini? Nak beli sebotol air kat Shell pun terpaksa beratur panjang hingga ke jalan. Menjana ekonomi sangat. Dah macam hidup dalam pelarian pulak.

Semasa JB melalui sebuah kawasan rumah apartment, tiba-tiba ada seorang nyonya tua (muda tua tak nampak sebab tinggi sangat) entah dari tingkat berapa telah menjirus sebaldi air ke atas kami semasa berarak. Apa lagi, JB mula maki *%$$#%^@ dan disambut oleh celeng-celeng yang berjalan bersama tadi. Nasib baik tak kuyup. 

Benarlah yang warga KL tidak suka bersih. Ada sambungannya pada siri akan datang.

1 comment:

  1. AKU ORANG KL AKU TAK SOKONG BERSIH BABI!

    ReplyDelete

comment please.....