Monday, April 30, 2012

NIK AZIZ RASUAH PENGGANAS BERSIH SUPAYA BUNUH POLIS!!!


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui membiayai beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 dari Kelantan, yang berakhir dengan keganasan kelmarin.

Menurutnya, sumbangan tersebut bukan diambil dari  wang parti, sebaliknya  kepunyaannya sendiri setelah melihat kesungguhan individu terbabit mahu menyertai demonstrasi itu.

“Untuk ke Kuala Lumpur memerlukan kos yang besar, saya mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai pelbagai keperluan, itu hak saya,  bukan wang parti,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan peserta Bersih dari Kelantan yang menjelaskan kehadiran mereka di perhimpunan semalam dibiayai parti, meliputi kos pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Fadzli Mohd Hassan tidak menolak kemungkinan terdapat peserta yang hadir dibiayai oleh pihak-pihak tertentu, namun bukan atas kapasiti parti.

“Kita tidak ada duit untuk biayai peserta yang begitu ramai, kebiasaannya orang Pas ini mengeluarkan duit sendiri, namun jika ada tajaan, mungkin itu bersifat peribadi,” katanya.

Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya tidak pernah membincangkan soal kewangan untuk  peserta Bersih, namun mengakui mengeluarkan belanja untuk ceramah yang dihadiri Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, tiga hari lalu.-SinarHarian

1 comment:

  1. Dulu aku ikut juga cakap kau orang, daripada buat blog tak dapat duit lebih baik beli saham Swiss Cash dan duit aku akhirnya lesap 40K. Kini aku menyesal daripada aku invest tempat yang aku sendiri pun tak pernah pergi. Aku ambil keputusan labur duit yang masih ada di ASB dan terus berblog dengan senang hati

    ReplyDelete

comment please.....