Politik, politik, politik. Melayu memang hebat dengan politiknya. Melayu memang hebat dengan katanya. Ayat yang disusun dengan rapi dapat mencairkan hati yang keras umpama batu. Ayat yang manis dapat mendamaikan jiwa yang gusar.
JawaBernam melihat Melayu masa kini agak takut untuk bercakap soal keistimewaan dan hak orang Melayu. Walaupun kita hidup di bumi Malaya (sorry, JawaBernam lebih suka guna Tanah Melayu dari Malaysia) namun kita begitu gerun dengan bangsa asing bila kita hendak tegakkan hak kita sebagai orang Melayu, agama Islam kita dan juga kedaulatan Raja-raja Melayu kita. Apa sudah jadi?
Semenjak terlepasnya "DAJJAL" mata lebam dari penjara umpama satu fenomena baru muncul apabila si malaun ini begitu diminati ramai sehingga luar negara. Pendokong Israel ini dilihat sebagai satu ancaman yang maha kuat bagi umat Islam Melayu berbanding dengan pemimpin DAP yang terang-terang tidak menyokong negara Islam. Dan yang lagi pelik, ada pula parti yang berlandaskan Islam DAHULU, dan KINI TIDAK begitu berkobar-kobar menyokong segala dosa malaun ini. Jika dahulu semasa di pihak sebelah kanan, PAS begitu marah akan si malaun ini kerana selalu menghentam PAS, namun kini segalanya telah berubah. Pimpinan-pimpinan agong PAS begitu taksub dan sanggup mati demi si malaun ini. Masih Islamkah PAS?
Sentimen perkauman dan keagamaan begitu dahsyat kini. Kepala babi di masjid menjadi modal besar bagi pihak pembangkang untuk memporak perandakan penyatuan ummah. Mereka takut Islam bersatu. Selepas Hasan Ali dipecat tanpa pertuduhan dari PAS maka berduyun-duyunlah ahlinya keluar dan tidak lama lagi, sedikit sahaja lagi akan ada pemimpin PAS yang akan turut serta dalam setiap roadshow nya. Ustaz Nasha, Haron Din, Hadi Awang dan beberapa pemimpin dari kumpulan ulama' akan bersama-sama Hasan Ali dalam meneruskan agenda I.M.R. Ini tidak mustahil jika kita lihat dari senario politik PAS sekarang yang agak kucar-kacir selepas pemecatan tanpa sebab Hasan Ali. Sampai bila Melayu PAS hendak tertipu?
Semoga PRU-13 akan bersatulah umat Islam dan Melayu untuk membentuk kerajaan Islam dan mengembalikan kegemilangan Islam di Nusantara. InsyaAllah!
saya sokong 100%
ReplyDelete