Wednesday, February 29, 2012

GENDANG SERANGAN ORANG MUDA SELANGOR TELAH BERMULA..AYUH BANGKIT!!!

Malam tadi telah bermulanya satu titik tolak  Sekretariat Orang Muda Selangor dalam memberi penerangan dan semangat kepada setiap DUN di Selangor bagi merampas kembali negeri ini dari tangan penjahanam bangsa,agama dan tanah air. Bermula dengan DUN Sijangkang sebagai pilihan kerana hendak memberi amaran kepada YB Dr. Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sijangkang akan gelombang yang akan terjadi kepada Kerajaan Pakatan Selangor. 

Dengan menampilkan penceramah muda daripada Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor, Saudara Budiman Zohdi merangkap Ketua Pemuda Sungai Besar telah memberi penjelasan berdasarkan fakta. Bermula dari kegagalan pakatan menunaikan janji-janji pilihanraya 2008 dahulu, isu pasir, isu air, isu sampah, isu Yayasan Selangor, isu PKNS, sehinggalah ke isu kebajikan rakyat Selangor yang dipandang sepi.

Penyampaian yang dibawa secara santai mendekatkan lagi anak-anak muda DUN Sijangkang supaya dapat bertukar-tukar pandangan dengan terus memberi maklum balas serta jawapan berdasarkan fakta yang diperolehi. Inisiatif yang bagus dari Sekretariat Orang Muda Selangor atas gerakan-gerakan untuk menyedarkan orang Selangor khususnya kepada kekejaman dan kealpaan pakatan dalam memenuhi janji-janji manis sebelum PRU-12 dulu.

Program TERANG (Tekad Rampas Selangor) membawa satu anjakan kepada orang muda melalui SERANG (Seketriat Orang Muda Selangor) dan mengumpulkan seberapa ramai penduduk setempat supaya dapat bersama-sama mendengar penerangan yang akan merungkai segala kepincangan pakatan Selangor.

Alhamdulillah, lebih kurang 120 orang penduduk setempat yang rata-ratanya anak muda tidak kira lelaki atau wanita turun di Tadika KEMAS Telok Panglima Garang bagi mendengar ucapan Saudara Budiman. Tahniah kepada warga DUN Sijangkang kerana bersama memeriahkan majlis santai. Tidak lupa juga kepada Saudara Zurihan,Ketua Pemuda Kuala Langat atas layanan mesra dan juga kepada seluruh jentera Pemuda UMNO Kuala Langat. Dan yang lebih penting ayam dan kambing bakar tu memang sedap.(hehehe)

Lagi gambar di Facebook Pemuda Kuala Langat

1 comment:

  1. Budiman.... seorg yg bercakap berdasarkan fakta bukan retorik politik... Terus Bangkit

    Bentangkan segala permasalahatan di bawah pentadbiran PKR.

    ReplyDelete

comment please.....