Konco-konco ku

Sunday, December 11, 2011

PANAS!!!: BLOGGER TAK BERTUAN VS BLOGGER UMB

Berita hangat yang JawaBernam baru sahaja baca dari salah satu blog UMB bertuankan TF. Nampaknya ada sedikit pertelingkahan antara blogger Jas Salleh dan salah seorang blogger UMB, blogger APA. Hish! Apa lagi lah blogger-blogger yang walaupun satu bumbung namun berbeza pendapat bergaduh. Malulah sikit dengan blogger junior yang baru nak mengenali blogger-blogger otai ni.

JawaBernam tidak berpihak pada sesiapa kerana JawaBernam bergerak sendiri bukan dibawah UMB mahupun NADI RAKYAT atau mana-mana pertubuhan dibawah UMNO. Apa faedah yang kita dapat wahai blogger-blogger otai sekalian? Asal timbul isu tentang TF masing-masing nak tunjuk belang seorang nak menyerang, seorang lagi nak mempertahankan ketuanya.

Muak la weh! dulu PapaGomo bertegang lidah dengan TunFaisal. Sekarang ni diorang pun dah malas nak gaduh lalu gunakan pula geng-geng sendiri untuk menhentam antara satu sama lain. Sudah-sudahlah deme buat kerja tak berfaedah ni buang masa. Lebih baik deme tumpu pada perjuangan asal UMNO pada PRU13 untuk menawan kembali Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan. 

BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH.
BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT KATA KERANA SEPAKAT.

5 comments:

  1. Setuju bro.. Jas saleh tak serang umb tapi blogger yg taksub pemimpin pulak yg panas punggung.

    ReplyDelete
  2. gua dh bace dua-dua artikel..apa yg UMB ni tak puas hati dgn Jas Saleh ntah...cer cite bro.. kasi clear ini cita...

    ReplyDelete
  3. Sekali sekala apalah salahnya Wak tulis penuh dalam bahasa Jawa kan best! Boleh juga tambah skill mana-nama tatabahasa Jawa yang dan berterabur tu. Setahu saya orang Jawa jarang nak amek hati yang melibatkan perselisihan faham. Jenis tak simpan dalam hati. Tak tahu le jika pure Melayu jenis sensitif sesgt, mau dendamnya sampai tujuh keturunan macam Anwar Berahim.

    ReplyDelete
  4. apa hal pulak APA nk balun jas salleh ni. aku baca dua2 blog. dua2 ok. yg paling aku heran, puak umb ni kerja dgn tun faisal ke sape? tun faisal ke yg bayar korang? tun faisal, ko tolong bgtau blogger2 yg bernaung bawah umb tolong jangan taksub dgn ketua sgt, nanti ada yg gelar tun faisal nabi pulak. mcm yg berlaku kt kelantan tuh!!! blogger2 yg tak bertuan @ nadi rakyat, sudah2 la serang umb. peluru tu patut tembak ke arah pakatan yg tak sudah2 menyerang kerajaan, bukan tembak arah kepala sesama sendiri!!!

    ReplyDelete
  5. Hamba menegur Tun Faisal sahaja utk bertanggungjawab ke atas tindakan blogernya yg balun urusetia PAU2011

    Tahu lah ada kalangan mereka menerima kemalangan
    Sepatutnya Tun Faisal selaku PEMIMPIN DAN KETUA WAJIB BERTANGGUNGJAWAB:-

    1. memastikan kelancaran petugas UMB tanpa ada kemalangan sedemikian

    2. Jika berlaku sebarang kemalangan juga spt yg terjadi maka Tun Faisal WAJIB DIPERTANGGUNGJAWABKAN SEBAGAI KETUA

    Jadi KETUA ini bukan sahaja setakat sain itu sain ini berposing cantik2

    Cuma blogernya saja tak faham bahasa.

    ReplyDelete

comment please.....