Wednesday, October 12, 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT - AYUH TENTANG DAP!!!!

" Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini merupakan satu manifestasi bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di Malaysia.

Perhimpunan raksasa yang buat pertama kali diadakan itu dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat Cegah Murtad (Himpun) dengan kerjasama kira-kira 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.

Setiausaha Sekretariat Himpun, Aminuddin Yahaya berkata, ia merupakan satu perhimpunan yang dianjurkan tanpa sebarang kepentingan politik dan kesemua wakil parti dan NGO digalakkan hadir.

Kami yang mewakili hampir 1,000 NGO daripada pelbagai latar belakang akan bersama-sama menjayakan Himpunan Sejuta Umat bagi merakamkan rasa terharu kami di atas ketegasan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Sultan Selangor berhubung isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja baru-baru ini, ujarnya dalam satu kenyataan di sini." - BHO blog.

p/s: Bagus event ni. Kalau la Yong dapat sponsor buat event macam ini memang Yong akan jadikan acara tahunan. Tolak ketepi dahulu ideologi politik masing-masing, ayuh kita bersatu menentang golongan yang mahu memurtadkan dan memesongkan akidah umat Islam di Malaysia.


SEKADAR SELINGAN BAGI KAWASAN.

No comments:

Post a Comment

comment please.....