Supplement Ramadan Delights - an ad 'Best Rib In Town' in Page 2, 'Whipping up an appetite, Mongolian Pork Ribs' in Page 4 and 'Authentic Prime Pork Ribs' in Page 7. In The Star yesterday.
Siar Gambar Khinzir Juadah Ramadan : KDN Panggil Ketua Pengarang The Star.
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.
Katanya KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.
“Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
********************************************
"Apa lah nak jadi dengan Malaysia sekarang kan. Tak habis lagi isu muslim berbuka di gereja damansara, semalam The Star yang berketuakan editor Celeng dengan suka hati mengeluarkan artikel mengajak umat Islam yang berpuasa supaya berbuka puasa memakan daging BABI!!
Ini bukan kira tersilap cetak, ini dah kira menghina orang Melayu Islam yang sedang beribadah puasa di bulan Ramadhan. Ini bulan mulia, bangsa lain perlulah menghormati bulan Ramadhan jika benar Malaysia masih mengamalkan negara demokrasi.
Mungkin ramai orang Melayu yang kurang membaca The Star termasuk lah Yong sendiri kerana duduk kat kampung ni memang tak ada The Star dijual. Tapi ini tetap mahu menjatuhkan maruah Melayu Islam dengan menghidangkan daging BABI untuk berbuka puasa.
Dah teruk sangat dah ni. Nampaknya mereka semakin berani memijak-mijak orang Islam di Malaysia."
-Wak Dob-
patut gantung Lesen TheStar 2 Minggu untuk kesalahan tersebut.
ReplyDeletedisokong...ape la nak jadi ngan Malaysia skrang ni..
ReplyDeleteTAHNIAH THE STAR.MEREKA SANGAT BERANI KERANA MELAYU ISLAM MALAYSIA LEMAH,BERPECAH BELAH,BEREBUT KUASA.PAS JUGA KELUAR KENYATAAN,TAK SALAH BERBUKA DI GEREJA.JOM RAMAI RAMAI BERBUKA BABI DI GEREJA.
ReplyDelete