HAHAHAHA...91 orang tidak dibenarkan masuk Kuala Lumpur. Semua ketua-ketua parti pembangkang, ketua pemuda UMNO dan presiden PERKASA. Apa lagi yang boleh mereka lakukan esok? Yong pun tak tahu lah tapi Yong yakin perhimpunan esok akan berjalan seperti yang dirancang. Walau telah diberi amaran, walau telah disediakan stadium, walau telah mendapat perkenan YDP Agong tapi oleh kerana kepala batu masing-masing maka tidak mustahil esok akan berlaku perhimpunan juga.
Gambar di atas Yong dapat semasa ceramah parti pembangkang di Stadium Sungai Besar. Bukan Yong tak kenal sebahagian dari budak-budak ini. Kenal sangat malah ada antaranya sekampung dengan Yong. Nak tahu mana parti pembangkang ini dapat budak-budak ini? Mereka kutip mereka-mereka ini di simpang-simpang jalan yang tengah melepak dibawah lampu jalan pada waktu maghrib. Inilah muka budak-budak yang tiada arah tuju. Nak cakap pelajar sekolah, sebahagiannya sudah habis sekolah dan menganggur menghabiskan duit mak bapak. Budak-budak yang tak ada arah tujuan. Hopeless!!!
Jika betul esok adalah perhimpunan anak-anak muda, Yong harap tiadalah yang berjanggut, berjambang putih dok bergolek-golek di jalan. Harap memang betol anak muda lah, bukannya yang tua bangka. Lepas ini Ambiga atau ketua parti-parti pembangkang bolehlah bagi kerja kat mereka yang tertipu ini. Kesian......
~WaKd0b~
No comments:
Post a Comment
comment please.....