Saturday, July 23, 2011

PANAS!!! SELEPAS PELACUR KINI MAT REMPIT MENYOKONG PAS!!!

 Tak sejuk lagi dengan kenyataan yang dibuat oleh PAS tentang PELACUR turut menyokong PAS. Kini timbul pula MAT REMPIT menyokong PAS. Aduh! Apa sudah jadi dengan PAS ni. Oleh kerana tak dapat meraih sokongan dari golongan-golongan yang biasa yakni rakyat yang hidupnya normal, PAS telah mensasarkan target pengundinya kepada pelacur dan mat rempit. Nampaknya sudah lari terpesong lagi PAS ni semenjak masuk kedalam Pakatan Rakyat.

Satu parti yang kononnya berlandaskan Islam telah lebih di-Islamkan lagi oleh PAS dengan membawa masuk golongan-golongan perosak akhlak untuk menyertai PAS. Ini bukan dongeng semata. Nampaknya, PAS telah bersedia untuk berperang dalam pilihanraya akan datang dengan mengumpulkan bala-bala tentera yang terdiri dari rakyat yang rosak. Tidak mustahil mungkin ada yang akan jadi wakil rakyat dari golongan ini. Kita tunggu dan lihat sahaja. Maka tidak lama lagi akan keluarlah fatwa-fatwa bombastik dari kepimpinan PAS.

-------------------------------------------

TUMPAT, 22 Julai: Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan hari ini menyaksikan ikrar seramai 700 anak muda bagi mempertahankan Islam dan kerajaan negeri.

Ramai di kalangan ibu bapa kelihatan terharu di atas semangat anak-anak muda yang begitu lantang berikrar mempertahankan Islam di pentas utama.

Bacaan ikrar diketuai Presiden Minda Evolusi Rempit Anak Muda Kelantan (Merak), Azaizuree Ahmad di hadapan pemimpin PAS dan lebih 20,000 peserta ijtimak yang memenuhi pantai Geting, Pengkalan Kubur.

Dun Pengkalan Kubur dikuasai Umno sejak pilihan raya umum 2004. Pada pilihan raya umum 1990 kawasan itu diwakili calon Hamim, gabungan Angkatan Perpaduan Rakyat.

Anak muda dari pelbagai tempat yang bernaung di bawah Merak datang dengan motosikal menggegarkan kawasan perkelahan.

Mereka berjanji berusaha bersungguh-sungguh sebagai seorang anak muda bersama mengembelingkan perjuangan mempertahankan Islam di Kelantan.

Azaizuree berkata, mereka akan sentiasa bersama-sama memperkasakan kepimpinan Islam dan jemaahnya yang diketuai Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Selain itu sentiasa bersama ahli-ahli jemaah membangunkan Islam di Kelantan. Wahai pimpinan dan ibu bapa bahawa kami semua adalah sebahagian kamu, sebahagian jemaah PAS.

“Kami sama-sama mahu mempertahankan agama suci Islam walau apa jua keadaan senang atau susah, bak kata pepatah membujur lalu melintang patah. Janji kami adalah benar, ikrar kami bukan palsu,” katanya diakhirnya dengan laugan takbir beramai-ramai.

Sebelum itu anggota Merak menerima sijil pelantikan team leader Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Gimik perasmian ijtimak dilangsungkan apabila Menteri Besar dipakaikan jaket khas oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Selain itu turut diadakan sumbangan kameja T kepada peserta  gusti lengan terbuka  Johor pada 23 Julai ini.
Kejohanan itu akan diadakan di Plaza Ansana Johor Bahru. Peserta terbabit termasuk Rosli Ibrahim, Zawawi Ariffin, Mohd Ropi Ibrahim dan Khusairin Siban.

Penyampaian t-shirt disampaikan anggota parlimen Tumpat, Dato’ Kamaruddin Jaaffar.  Peserta Merak mengibarkan bendera Kelantan, Jalur Gemilang dan Bulan Purnama di motosikal masing-masing.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Wan Nik Wan Yusoff berharap setiap jentera termasuk di peringkat cawangan hendaklah meneliti apa yang disampaikan pemimpin pada ijtimak tersebut.

“Ia adalah sebagai panduan bagi menyusun gerak kerja pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi,” ujarnya.

Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Mohd amar Abdullah menyarankan setiap ahli dan pendokong PAS perlu membeli Harakah sebagai maklumat untuk dihadam oleh mereka.

“Jangan pula beli tetapi dijadikan tempat duduk sahaja. Hadir pada program ceramah sahaja tidak mampu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tanpa ada mekanisme lain seperti maklumat yang ada dalam Harakah,” ujarnya.

4 comments:

  1. """“Ia adalah sebagai panduan bagi menyusun gerak kerja pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi,” ujarnya.""""

    TERBUKTI PEMBANGKANG BERKEMPEN SEPANJANG MASA!!

    BILA PAS BUAT KERJA?? BERKUMPUL, BERCERAMAH, MENAIKKAN SEMANGAT MEMBERONTAK DIJIWA ANAK MUDA, MENONJOL2KAN KEJELIKAN PIHAK LAIN TU BUAT KERJA KA? MANA DIA PELUANG2 PEKERJAAN KPD ANAK2 MUDA? MANA DIA KURSUS2 KEMAHIRAN UTK MENAMBAHKAN ILMU ANAK2 MUDA? MANA DIA USAHA MENJADIKAN MRK PEKERJA RAJIN, PETANI BERJAYA, PENIAGA & USAHAWAN BERJAYA? APAKAH DGN BERCAKAP RETORIK BEGITU, ANAK2 MUDA ITU AKAN DAPAT MEMBELA DIRI & KELUARGA MRK? APAKAH SELEPAS INI JIKA MRK GAGAL MENDAPATKAN PEKERJAAN, PIHAK PAS AKAN MEMBERI IMBUHAN KPD MRK SEBBAGAI BALASAN SOKONGAN MRK? BERAPA NAK BAYAR GAJI MRK BULAN-BULAN???

    JGN PULAK MENYALAHKAN KERAJAAN BN JIKA PAS GAGAL MEMBERIKAN MRK JAMINAN PEKERJAAN & KEBAHAGIAAN KPB MRK DI HARI MENDATANG SETELAH MEMPERGUNAKAN TENAGA & MASA MUDA MRK!! JAWABLA KEMUDIAN HARI JIKA MRK HILANG JATI DIRI & KEKUATAN MENTAL UTK BERSAING DGN BANGSA ASING!! CAKAP SAJA SIAPAPUN BOLEH!!

    ReplyDelete
  2. Mempertahankan ISLAM? Sapa yang nak lupuskan ISLAM? Bukan HADI dah beramanat ke yang nak tubuhkan negara ISLAM dah tak jadi kena tubuh negara KEBAJIKAN. So apa pointnya perjuangan MAT REMPIT? Mat Rempit ni otak dorang 3 suku je, korang sogok dorang duit minyak memang berkerumun dorang ni mcm semut dapat gula. Bagus la PAS ni nak tanggung BIAWAK HIDUP.

    ReplyDelete
  3. Mat Rempit pun lagi ramai sokong UMNO/BN..
    Masa konvoi Merdeka nanti kita lihat beramai sampai beribu mat rempit yang ikut serta jelajah negara sempena Merdeka - minyak dapat free lagi ditanggung BN, sampai polis peronda pun sanggup jadi Marshall...Sama-sama jadi kaki rempit!
    Ha ha ah usah nak kelentonglah, semua rakyat dah tahu............

    ReplyDelete
  4. Umno@BN je yg RAJIN bayor upah kat bebudak motor wt kecoh & huru hara sampai jd gadoh mcm PRK Hulu S'gor kt area Sg.Tengi, Ulu Bernam & Kalumpang..kat PRK2 lain pon Umno@BN gak yg RAJIN bg RM & Goodies kt bebdk motor konon nk tunjuk KEKUATAN.,sampai kekdg POLIS TRAFIK plak jd MARSHALL & jaga keselamatan bebdk motor yg pakai baju 7 bendera umno@bn..

    ReplyDelete

comment please.....