Saturday, July 23, 2011

APA BEZANYA BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT????

Byk rakyat Malaysia yg tidak fhm dgn konsep kenegaraan negara kita terutama org Islam dan Melayu. Di sini huraian asas mgenai konsep politik di negara kita yang perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia.

APA BEZA DAP DGN MCA?

UMNO, MCA & MIC ialah sebuah PERTUBUHAN POLITIK yang ditubuhkan bagi mewakili bangsa Melayu, Cina & India sewaktu menuntut kemerdekaan oleh pihak British dahulu. Manakala PARTI POLITIK yang dinaungi oleh UMNO, MCA & MIC adalah Barisan Nasional(BN).

Tetapi ramai yg tidak faham dan myangkakan UMNO, MCA & MIC adalah sebuah PARTI POLITIK. PERTUBUHAN POLITIK dan PARTI POLITIK adalah dua perkara yang berbeza. Yang bertanding sewaktu pilihanraya adalah PARTI POLITIK dan bukannya PERTUBUHAN POLITIK. PERTUBUHAN POLITIK sinonimnya adalah calon2 yang diletakkan di kawasan tertentu untuk bertanding. Spt contoh calon MCA(PERTUBUHAN POLITIK) bertanding di sesuatu kawasan tetapi calon MCA ini bertanding di bawah PARTI POLITIK Barisan Nasional(BN).

Ini boleh dilihat pada kertas2 undi di mana logo BN dan bukannya logo MCA yang tertera. Sama juga dgn UMNO & MIC, calonnya sahaja dr UMNO atau MIC tp PARTI POLITIKnya adalah BN.

Secara tidak langsung, UMNO, MCA & MIC adalah di bawah satu bumbung iaitu BN. Dan boleh dikatakan kemenangan MIC dan MCA adalah kemenangan kpd UMNO begitu juga sebaliknya.

UMNO adalah PERTUBUHAN POLITIK yang memperjuangkan hak-hak2 Melayu, MCA adalah PERTUBUHAN POLITIK yang memperjuangkan hak-hak2 Cina dan MIC adalah PERTUBUHAN POLITIK yang memperjuangkan hak-hak2 India. Walau ketiga2 PERTUBUHAN POLITIK ini mempunyai perjuangan bangsanya sendiri walaubagaimana pun piagam di dalam BN telah menetapkan perkara yang terutama adalah permuafakatan bersama2 di mana Melayu, Cina dan India hidup di dalam satu negara secara aman damai. Di mana orang2 Melayu menghormati hak2 orang2 Cina dan India manakala orang Cina dan India pula menghormati hak2 dan ketuanan orang2 Melayu seperti yang telah termaktub di dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA di mana hak orang Melayu(termasuk Islam) di jaga seperti juga hak orang2 Cina dan India.

Berbeza pula PAS, DAP dan PKR. Tiga-tiga tersebut bukanlah PERTUBUHAN POLITIK tetapi adalah PARTI POLITIK semata2 dan parti2 ini mempunyai piagam parti, matlamat dan perjuangan masing2.

PAS beromong kosong kononnya2 ingin menubuhkan negara Islam, DAP pula menentang kpd penubuhan negara Islam dan ingin menubuhkan negara yang ke sama rataan samada dari sudut agama mahupun bangsa seperti negara Singapura dan PKR pula ingin menubuhkan sebuah negara liberal spt yg diwar-warkan oleh Anuwar Ibrahim.

APAKAH PULA PAKATAN RAKYAT?

Pakatan Rakyat adalah sebuat PERIKATAN yang dilakukan oleh PAS, DAP dan PKR kononya bersatu dibawah satu bumbung. Walhal kita sedar apabila namanya PARTI dan jika PARTI tersebut menang mojoriti jadi PARTI tersebutlah yang berkuasa. Contoh parti Barisan Nasional menang majoriti di dalam pilihan raya maka calon2 dr UMNO, MCA & MIC yang menang akan memerintah bersama berdasar piagam parti BN spt yg disebut di atas. Spt juga PAS, DAP dan PKR. Jika DAP menang majoriti yang maka DAP la yang akan memerintah. Spt contoh di P, Pinang DAP menang majoriti jd DAP memerintah, makala Selangor PKR dan Kelantan PAS. Parti mana yang menang majoriti di negeri tersebut makala parti itulah yang akan memerintah negeri tersebut.

Sumber : BERSAMA

1 comment:

  1. Pembangkang cuma mencipta Pakatan Rakyat, iaitu perkongsian kuasa untuk menumbangkan pertubuhan politik BN walaupun masing2 memperjuangkan parti mereka sendiri sama seperti amalan parti UMNO, MCA dan MIC dalam BN.
    Idea ini mungkin berkesan sama seperti dilakukan oleh adik Thaksin - Yingcuk yang berjaya menumbangkan parti kerajaan Thailand baru2 ini dan dilantik sebagai Perdana Menteri Tahiland yang baru - tiada apa pun masalah dan kekecohan langsung jika parti memerintah dapat menerima kekalahan mereka tanpa rasa ego dan bersikap skeptikal dengan keupayaan pembangkang.

    ReplyDelete

comment please.....