Bersih yang membawa erti suci daripada najis atau kotoran adalah begitu sinonim dengan situasi negara sekarang yang dianggap tidak bersih oleh pihak pembangkang. Memang tidak dinafikan ada segelintir pemimpin kerajaan yang tidak bersih dari segi moral dan kelakuan. Tetapi jangan lah hendak membantah dengan melibatkan para peniaga yang berada di Kuala Lumpur, lubuk rezeki rakyat Malaysia. Pakatan Pembangkang tidak fikirkah akan nasib para peniaga yang mencari sesuap nasi untuk menampung kehidupan seharian di bandar besar yang penuh dengan cabaran. Fikirkanlah jika kita berada di tempat mereka apa yang kita rasa. Usahlah diikutkan nafsu yang tidak ada penghujungnya untuk semata-mata menuju Putrajaya yang dahulunya di caci, di hina dek kerana pembaziran wang rakyat. Mentaliti pihak haluan kiri ini seharusnya diubah, ubah lah untuk kebaikan rakyat yang dahagakan keamanan dan kesejahteraan negara. Malaysia merupakan satu-satunya negara paling berdemokrasi dengan mengikut pilihan rakyat yang memilih siapa yang harus memerintah. Banyak cara lagi yang boleh PR lakukan untuk menyakinkan rakyat. Janganlah marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
-wakDOB-
No comments:
Post a Comment
comment please.....