Wednesday, March 16, 2011

KISAH BLOGGER DAN UMB.....

 
Di sebalik kisah-kisah menarik yang melanda dunia apatah lagi di Malaysia ini, Yong pun nak ulas sedikit lah pasal dunia blog dan UMB yang di utarakan oleh sahabat blogger Yong Gerakan Timur. Apa relevannya kita sesama Melayu berpecah dan bergaduh hanya untuk menegakkan perkara yang sama dengan matlamat yang sama. Yong perasan, perjuangan blog Jawaber6 dan Gerakan Timur adalah sama iaitu untuk mengembalikan semula pemerintahan BN di Selangor yang tercinta ini.

Untuk makluman semua, Yong sebenarnya tidaklah begitu arif pasal politik dan Yong tidak kenal pun sesiapa di dalam parlimen Yong. Dari wakil rakyat hinggalah ke akar umbi nya. Yong hanyalah budak kampung biasa yang tidak ambil kisah langsung pasal politik di Malaysia ni. Bapak Yong hanyalah petani yang bergantung harap pada tanaman padi untuk menanggung 6 orang anak-anaknya yang masih belajar. Sama seperti anak remaja lain yang berada di kampung Yong yang suka melepak tepi sawah, lepak kedai kopi, pancing belut, berkubang, tangkap burung ayaman atau wak-wak selepas padi di tuai dan macam-macam lagi seperti remaja di kampung. Persetankan politik masa itu.

Tetapi Yong mula sedar akan kepentingan politik untuk orang Melayu di kawasan Yong. PRU12, Yong bekerja sambilan sebagai kerani di pejabat Dun Sg. Panjang di bawah kelolaan YB Dr. Khir dan YB Noriah. Dari situ Yong kenal orang-orang yang setia menyokong calon-calon Barisan Nasional di peringkat akar umbi seperti abg. Kamal dan beberapa orang lagi yang Yong dah lupa namanya. Yong ada di pejabat DUN sepanjang kempen hinggalah pengiraan undi. Tapi masa itu Yong hanyalah budak biasa yang bekerja kerana ingin cari duit belanja belajar.

Yong tidak pandai berkata-kata seperti Cikgu Muslimin atau Abang Budiman. Malah sebelum itu Yong sendiri tidak kenal siapakah mereka-mereka ini. Sumpah Yong bermula dari kosong tak tahu apa-apa pasal politik. Oleh kerana Selangor sudah dirampas oleh Pakatan Rakyat, jadi bermula dari 2008 Yong berjinak-jinak pada dunia blogging dan facebook. Matlamat Yong hanya satu, untuk menangkis segala fitnah dari blogger pakatan yang jahanam memecah belahkan orang Melayu.

Dari media elektronik inilah Cikgu Muslimin iaitu orang kuat YB Noriah kenal Yong melalui Facebook, malah Abang Budiman iaitu Ketua Pemuda pun kenal Yong melalui dunia blog ini. From zero to hero. Dari merekalah Yong kenal erti perjuangan untuk mengekalkan kuasa politik orang Melayu yang sudah berpecah. Sehinggalah Yong kenal dengan blogger-blogger otai seperti Wak Jengkol, Gerakan Timur, Belantan, Taiping Mali maka lebih semangatlah Yong dengan cara mereka berblog dengan gaya tersendiri.

Low profile adalah tagline Yong. Dari blog personal Yong tukar blog Jawaber6 ke blog politik. Pengorbanan yang berbaloi walaupun bukan untuk kawasan Yong kerana kebanyakan pengundi-pengundi kawasan Yong adalah petani dan nelayan. Yang lebih dahsyatnya adalah Yong bukanlah pengundi berdaftar sehinggalah tahun ini baru nama Yong didaftarkan. Malah bukan juga salah satu AJK UMNO di peringkat Cawangan mahupun Bahagian. Nothing. Untuk apa Yong buat semua ini? Nak popularkah? Bukan sahabat, kalau Yong nak popular, dah lama Yong ikut kru-kru filem yang Yong pernah kerja dulu sambil jadi pelakon. Yong buat semua ini adalah kerana tanggungjawab, tanggungjawab kepada agama, bangsa, dan tanah air ini.

~WakD0B~

3 comments:

  1. Wak dOb, kita jalankan kerja kita je. Pedulikan mereka. Walaupun kita berpihak, kita juga ada pandangan kita sendiri. Biarlah mereka berbangga dengan pengaruh mereka.

    ReplyDelete
  2. Wak,, aku rasa kita berada di tempat yang sama. kampung aku sekarng berada di bawah DAP. kalau kat sabak bernam tu , cuma satu kawasan je duduk bawah DAP.

    sian aku dgn orang kampung aku. yang mengalami nya memang akan terasa. orang luar boleh cakap sahaja..

    ReplyDelete
  3. betul 2 sahabat....
    Yong sebenarnya tak berapa heran pun mereka nak bergaduh ke hape ke..
    kita sebagai orang yang menyokong perjuangan akan terus dengan usaha kita.. tapi di harap orang atas jangan lupa budi la...

    ReplyDelete

comment please.....