Tuesday, January 4, 2011

Nik Aziz Bertemu Najib

Selasa, 4 Januari 2011 - Maka semalam terbitlah berita tentang pertemuan tertutup Ketua Pas dan Ketua UMNO di portal MalaysiaKini.com. Kita masih tertanya-tanya apakah isi perbincangan yang dibincangkan antara mereka berdua. Mungkinkah 2011 akan menyaksikan sejarah kebangkitan Kerajaan Perpaduan atau survival bangsa Melayu di Malaysia yang agak kucar kacir. Kita sabar dan tunggu sahaja apa yang akan diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz.



Pendapat Yong senang saja, jika benar mereka berbincang tentang Kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO, Yong akan sokong seratus-peratus kerana masyarakat Melayu kini sudah banyak yang berpecah belah dek kerana ideologi yang berbeza. Mengenai PKR? Yong tak nak komen apa sebab PKR bukanlah parti Melayu dan bukanlah parti yang ingin memartabatkan Islam dan bangsa Melayu. Biarlah mereka hanyut dengan labu-labunya. 

Ruang untuk perbincangan mengenai Melayu akan terus dibuka oleh UMNO, samada PAS ingin terus kekal menongkah arus membiarkan bangsa asing menguasai Malaysia atau tidak itu terpulang kepada ketua masing-masing. Sedangkan Tok Guru Hadi Awang sekarang sudah boleh bercampur dengan orang-orang UMNO atas matlamat menjaga kepentingan bangsa Melayu. Itulah semangat bangsa Melayu yang telah lama hilang.

Dan jika dakwaan blogger-blogger lain yang mana Kerajaan Perpaduan akan diwujudkan benar, Yong selaku pengendali JawaBer6.blogspot akan terus menyokong UMNO-PAS selagi kedua-dua parti besar ini mempunyai matlamat yang sama untuk menyatupadukan umat Islam dan menjaga kepentingan bangsa Melayu di Malaysia. Yong berdoa agar perkara ini menjadi kenyataan suatu hari nanti. Amin.

~WaKd0b~

No comments:

Post a Comment

comment please.....