Wednesday, December 29, 2010

Wak Dob Kembali....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada readers yang membaca blog Yong. Yong minta maaf kerana telah lama menghilangkan diri dari dunia siber ini. Yong bekerja menimba pengalaman melihat teletah dan 1001 ragam perangai orang di luar sana. Yang pertama-tamanya Yong nak ucapkan tahniah kepada Harimau Malaya kerana menjuarai Piala Suzuki menumpaskan Garuda Indonesia yang konon gagah di awangan. Walaupun Harimau di darat dan Garuda di awan, Harimau masih mampu melompat tinggi dan menerkam Garuda yang sombong di atas. Ucapan tahniah Yong selaku pengendali jawaber6.blogspot.

Sekian lama Yong tinggalkan dunia blog ini bermacam-macam cerita yang Yong terlepas, semenjak kes Dato' Seri Dr. Khir hinggalah kes Menteri Malaysia rogol pembantu rumah. Penuh drama dalam hidup politik ini. Tidak mengapalah andai semua itu mainan hidup di dunia. Banyak halangan rintangan yang penuh bersilang selagi kita bergelar manusia yang hidup di Bumi Allah ini. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Ingat kita punyai Tuhan yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Hari ini Yong tidak mahu menabur fitnah kepada sesiapa tetapi siapa yang makan cili, terasa lah pedasnya. Berkelana di perantauan, hidup di bandar yang penuh noda dan maksiat, segitiga emas Malaysia, ibu negara Islam yang masyhur, lubuk rezeki tidak mengira siang atau malam, kota yang tidak pernah tidur, itulah Kuala Lumpur. Walaupun sebulan Yong menetap di sana tetapi akhirnya Yong tidak boleh menghadapi bermacam-macam masalah sosial yang berlaku. Iman Yong tidak setebal orang lain. Sebelum Yong terhasut oleh pujukan Syaitan Yang Direjam lebih afdhal kiranya Yong berundur dan kembali ke kampung halaman. 

Bukan lah harta yang dikejar, hanya sekelumit pengalaman memerhati gelagat berbilang bangsa. Masihkah Menteri tidak sedar akan hal yang berlaku? yang begitu ketara di sana adalah gejala sosial trans-gender: Pondan, Pengkid, Nyah dan entah apa lagi istilah yang digunapakai oleh golongan-golongan yang terpesong. Yong tidak sanggup mengkhabarkan di sini. Anda semua dapat lihat dan nilai sendiri gelagat mereka-mereka yang lupa jantina. Elokkah menjadi manusia tidak normal?

Ok lah. mungkin setakat ini dahulu pembuka bicara Yong setelah lama tidak ke udara. Nantikan lah karangan Yong yang tidak seberapa di masa akan datang. terima kasih, xiexie, kesuwon.

~WaKd0b~

2 comments:

  1. blog sdr telah dilink ke http://anginria.blogspot.com. Sdr memang hebat saya suka membacanya. tolong pautkan saya dilaman sdr sama . Tk

    ReplyDelete
  2. terima kasih kepada mata angin kerana sudi membaca blog Yong yang tidak seberapa.. teruskan bersahabat. Yong telah link kepada anginria..tq

    ReplyDelete

comment please.....