Assalamualaikum w.b.t. kepada pembaca sekalian. Hari ini Yong nak rungkai sikit pasal subjek sejarah yang dahulunya Yong agak takut juga sebab subjek ini memerlukan ketekunan yang tinggi dan perlu banyak membaca jika hendak lulus periksa akhir tahun. Yong bukan nak suruh TS Muhyiddin tarik balik pun Yong lagi sokong sebab zaman dulu pelajar sekolah baca sejarah sebab mereka betul-betul hendak tahu sejarah Malaysia itu bagaimana. Tapi zaman sekarang yang dikatakan moden ini pelajar belajar sejarah kerana mahu lulus dalam periksa. Itu sahaja tujuan mereka. Fikirkanlah sahabat. Bukan nak suruh pelajar-pelajar kita ini mengenang budi UMNO, tetapi mahu mereka tahu siapa pemimpin terdahulu, apa jasa mereka, dan apa yang telah mereka lakukan untuk negara Malaysia kita. Sanggupkah kita lihat bangsa Melayu dijadikan hamba kepada bangsa asing? Renunglah. Konsep Ketuanan Melayu dan Raja Berperlembagaan tetap dan akan terus kekal di Malaysia selagi bangsa Melayu mempertahankannya.
~WaKd0b~
Soalnya ..dah ada pihak yang sedang bantah pengumuman TS Muhyiddin tu...puak-puak tu tak lulus sejarah lah gamaknya.
ReplyDeleteGamaknya begitulah..mereka ni takut anak-anak mereka mengikut bapak-bapak mereka yang buta sejarah tak lulus sejarah. lepas tu tak dapat la nak pergi universiti..
ReplyDelete