Monday, September 20, 2010

Melayu tolong Melayu???

Isnin, 20 September 2010 - Yong tertarik dengan artikel dari blog Kedah Ke KL "Masih Wujudkah Sikap Melayu tolong Melayu?". Bukan mahu memperlekehkan orang Melayu tetapi hanya hendak memberi gambaran kembali apa yang Melayu sekarang telah lakukan. Buka pemikiran kita. Ada lagi ke Melayu yang mahu menolong bangsa nya sekarang? Mungkin ada, mungkin tiada. Dalam dewan perniagaan Melayu sendiri tiada persefahaman antara Melayu. Mereka lebih percayakan bangsa asing dari bangsa sendiri. 1Malaysia kononnya tetapi sedarkah kita adakah bangsa lain akan berurusan dengan kita mengenai wang, harta dan jawapan yang sudah kita ketahui tidak mungkin sama sekali. Kerana mereka tidak mahu melihat bangsa lain hidup senang dari bangsa mereka sendiri. Itulah dunia sekarang. Percayalah. Di sini Yong mahu mengemukakan tokoh Melayu yang sentiasa bantu Melayu tidak kira di mana beliau berada.
 

Ada Juga Yang Tolong Melayu.



1) Anwar Ibrahim - Ranking nombor satu yang membela 'nasib' orang Melayu. Pemimpin kebanggaan semua kaum. "1Malaysia - Sama Rata, Sama Rasa".  Beliau merupakan idola yang tidak mungkin ada pengganti. Beliau tetap tolong asalkan Melayu, dahulu tolong Melayu Indonesia dan sekarang tolong Melayu Malaysia. Tidak perlu dipaparkan di sini apakah sumbangan yang telah beliau sumbang kerana Malaysia dan dunia sedia maklum tentang peranan beliau. Top or Bottom. Beliau membuatkan dunia membuka mata dan membanggakan negara kerana sudah berjaya membawa Malaysia ke tangga teratas dalam industri kelolaan beliau.



2) Khairy Jamaludin - Minta maaf YB KJ tuan berada di tangga no.2 selepas pemimpin Melayu di atas. Pernah bersua muka dengan KJ tapi tidak pasti bermuka-muka atau sebaliknya. Menentang habis-habisan PERKASA - Ibrahim Ali. Yong sokong UMNO, Yong sokong PERKASA. Dua-dua perlu ada untuk memperkuatkan lagi jentera Melayu, bukan jentera pilihanraya PRU-13. Yang tidak faham mengapakah KJ menentang dengan bersungguh-sungguh perjuangan PERKASA yang terang-terangan membantu, menyelamat agama Islam dan Melayu? Adakah kerana Ibrahim Ali dahulunya bekas pemimpin PAS jadi KJ ada sedikit curiga atau cemburu dengan kejayaan Ibrahim Ali yang melebihi populariti beliau? Wallahua'lam.

~WaKd0b~

3 comments:

  1. sebenarnya kita sendiri boleh tolong sesama melayu tapi pemikiran kita melayu ni ada hasad dengki dan tak boleh nampak bangsa sendiri senang. bangsa kita lebih suka tengok dan kayakan bangsa lain. pikir-pikirkan lah. kita belia patut dah sedar akan game politik masa kini, kesedaran kita melayu perlu dipupuk dari diri sendiri. contoh kita pergi kedai.. kedai mana korang pergi? kedai cina atau melayu? atau india? ramai lagi masih ke kedai bangsa lain daripada kedai bangsa kita.. macam mana kita nak tolong sesama melayu? dan satu lg contoh.. bila bangsa kita naik kereta besar mata kita sakit walaupun sesama bangsa kita nak tolong dia jatuhkan dia adakah kita sedari? bagamaina dengan bangsa lain? kita tak rasa pun cenburu. betul x? pikir-pikirkan lah.. kalau nak tolong sesama melayu tanamkan lah kesedaran dalam diri dahulu.

    ReplyDelete
  2. PERKASA? Ibrahim Ali? Siapa sibedebah ni?
    Hmmmm....Katak yg suka melompat ini pun orang UMNO nak percaya cakap2nya?
    Hapuskan PERKASA...Alat untuk Ibrahim Ali memperdayakan Melayu....Auta saja lebih....
    Pemecah belah bangsa Melayu nih....dan
    Memecahbelahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.
    Sumbat je Ibrahim Ali ke ISA - Padan muka dia!

    ReplyDelete
  3. Hukuman Liwat : Berliwat ialah melakukan wati ke dalam lubang yang di punggung (dubur). Menurut Imam Malik, Imam Al-Syafi’e dan Imam Ahmad serta Abu Yusuf dan Al-Syaibani bahawa berwati pada dubur sama ada pada lelaki atau perempuan adalah diharamkan sama seperti berwati ke dalam faraj atau berzina dan orang yang didapati bersalah kerana melakukannya boleh dikenakan hukuman hudud Allah s.w.t. tidak membezakan di antara zina dengan liwat
    Firman Allah :

    Maksusnya : Sesungguhnya kamu telah melakukan perkara yang keji (liwat)

    Firman-Nya lagi :

    Maksudnya : Sesungguhnya kamu melakukan ke atas lelaki dengan syahwat selain daripada perempuan-perempuan yang dibenarkan.

    Firman-Nya lagi :

    Maksudnya : Dan mereka (perempuan-perempuan) yang melakukan kejahatan daripada perempuan-perempuan kamu.

    Dalam ayat di atas Allah menyebutkan bahawa berwati pada dubur dan berwati ke dalam qubul juga Al-Asy’ari menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud.

    Jika seorang lelaki melakukan (wati) ke atas lelaki maka kedua-duanya adalah berzina dan jika perempuan sama perempuan melakukan (wati) maka kedua-duanya juga berzina.

    Ini bermakna Saiful Bukhari boleh juga dikenakan hukuman subahat - sama macam hukuman meliwat.....Jangan hukuman kepada peliwat sahaja

    ReplyDelete

comment please.....