Entry kali ini Yong nak berbicara tentang perkataan "Daulat Tuanku" yang kita laungkan selama ini terhadap raja kita. Yong ada terjumpa beberapa artikel yang menidakkan dan ingin menghapuskan institusi beraja di Malaysia:
"Apabila Mubalig-mubalig Islam datang atas arahan Baginda Rasullah saw, maka didapati kerajaan-kerajaan tersebut telah mempunyai kepercayaan dan satu jenis pegangan seoleh-olah agama anutan mereka. Memang sesetengah Raja Melayu berjaya di Islamkan oleh mubalig-mubalig Islam tadi. Tetapi sebenar-benarnya mereka tidak meninggalkan adat istiadat lama mereka. Sebab itulah hingga kehari ini semua Raja-raja Melayu akan melalui proses yang sama dalam adat istiadat kuno itu semasa pertabalan dan lain-lain lagi, dan yang paling nyata sekali semasa laungan "Daulat Tuanku" itu berkumandang dilaungkan oleh semua rakyat dan pembesar -pembesar negeri. Tahu kah anda semua apa sebenarnya berlaku ??? Inilah "Isyarat" yang meletakkan "Dewa Daulat" sebagai ikutan dan pegangan sebenar mereka. Apa sebenarnya nama DAULAT itu ??? Ia adalahNAMA SE EKOR JIN IBLIS PERINGKAT TINGGI DARI KETURUNAN JIN AFARIT, laungan daulat tuanku bererti DAULAT TUHAN KU seperti yang telah disebutkan diatas tadi. Bagaimana sekarang ??? Mana ada sebut pasal Allah, pasal Rasullah. Ada dimana-mana perkataan Allah dan Rasullah disebutkan ??? Semua ini kepercayaan kurafat dan sesat, baik dari segi Syarak, Akidah, Akhlak, Pengorbanan diri dan Harta. Tidak ada dimana-mana hadis Rasullah saw mengajar sahabatnya atau umatnya pekara seperti ini atau disebuat dimana-mana ayat dalam Al Quran ajaran seumpama ini dan pastinya juga ulama-ulama dahulu dan sekarang juga bersependapat tidak akan menbenarkan pekara kurafat seumpama ini diterima dalam agama Islam"
camana ni bro???
SUMBER;-
http://abatasa2.blogspot.com/2010/03/iblis-dan-alamnya-musuh-kamu-yang_11.html
Dari komen pertama di atas , benarkah Daulat itu adalah nama bagi seekor Jin Iblis? Mana satu yang betul, jin atau iblis? Dari sumber manakah ia diperolehi?
Persoalan yang lain ialah, benarkah setelah ulamak atau mubalig islam tadi berjaya menjadi penasihat sultan, mereka tidak menasihatkan Sultan supaya meninggalkan kesemua adat istiadat lama itu? Apakah para auliya’ Allah yang menjadi penasihat Raja tidak reti atau tidak faham lansung tentang tatacara dan adat istiadat melayu lama yang digunapakai sehingga kini.
Memang saya akui adalah lebih baik atau elok digantikan laungan “Daulat Tuanku” itu dengan sebutan “Allahuakbar”, tapi apakah kita sudah benar-benar tahu atau faham apa itu “Daulat Raja”
Sekiranya kita tahu dan faham apa itu “Daulat Raja ”, maka pada pendapat peribadi saya, tidak ada salahnya kita menyebut “Daulat Tuanku” sebagai tanda taat setia dan hormat kita kepada ketua negeri atau Ulul Amri selagi niat dan aqidah kita kepada Allah swt tidak terpesong . Maksud saya sewaktu kita menyebutnya tidak terlintas sedikitpun di hati kecil kita Raja itu adalah Tuhan yang disembah.Lagipun Sultan adalah ketua agama islam dan adat istiadat setiap negeri, apa salahnya kita menghormati Baginda.
Mengapa sejak kebelakangan ini semakin ramai orang melayu yang mempertikai hak Raja-Raja Melayu?
Jarum halus yang sedang dicucuk di negara ini adalah perancangan jahat Dajjal dan tangan ghaib yang sudah ribuan tahun membuat rencana untuk meruntuhkan sistem raja di tanah melayu ini. Gandingan Umarak dan ulamak seperti di era Tok Ku Paloh dan Sultan Terengganu amat-amat merisaukan dan menggerunkan mereka?
Jadi apakah rancangan mereka kini dan seterusnya?
Untuk meruntuhkan sistem beraja, mereka memperkenalkan Demokrasi berparlimen, namun mereka masih lagi tidak mampu membuang terus kuasa raja-raja kerana sistem kita di Malaysia ada raja berpelembagaan. Strategi kedua ialah dengan membuat dan mencipta persepsi negatif terhadap Raja-Raja dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa memanipulasikan banyak perkara. Para ahli politik pembangkang juga menyerang institusi Raja dan hak-hak keistimewaan Raja dan orang melayu. Semakin hari rakyat mulai membenci Raja, itulah yang mereka mahu! Faktor sampingan lain seperti perebutan takhta, terlibat dengan skandal tertentu , pembaziran dan sebagainya oleh anak-anak Raja sendiri menambahkan lagi api kebencian rakyat kepada Raja dan rakyat mulai hilang rasa hormat dan mulai menjauhi Raja.
Untuk menghancurkan Daulat Raja, Ulamak tulen bertaraf wali berfahaman ahli Sunnah WalJamah yang selama ini menasihati raja dalam banyak perkara terutamanya hal-hal agama menjadi bertambah sedikit dan telah digantikan dengan Ulamak berfahaman wahabi. Fahaman Wahhabi ciptaan gandingan Dajjal-The Hidden Hand telah berjaya menghancurkan kekuasaan para Syarif Mekah dan keturunan ahlul bait lalu mengangkat Bani Saud menjadi raja boneka mereka sehingga kini.
Di Negara ini, apa yang membimbangkan kita ialah bila Ulamak Wahhabi akan mempengaruhi istana dan secara tidak lansung , rakyat akan diwahabikan secara tidak sedar.Maka Daulat Raja akan luntur dan hilang sirnanya!
Malang sekali bila ada orang melayu yang mengaku dan tidak berbangga menjadi melayu. Ini adalah satu kebodohan sehingga mereka lupa apa yang ditakrifkan dengan melayu itu sendiri. Ia bukan sahaja mentakrifkan bangsa sahaja tetapi mencakupi agama islam. Jika mereka tidak merasa bangga menjadi melayu, dengan sendirinya mereka sendiri tanpa sedar tidak berbangga menjadi seorang muslim, jadi mereka bangga menjadi apa???
Definisi Melayu :
“Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara dalam pengertian di Malaysia), yaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut.
Apa itu Daulat?
Perkataan Daulat sebenarnya berasal daripada perkatan Arab, iaitu`Daulah' yang bererti kerajaan atau negeri. Daulat juga dikaitkan dengan soal kesempurnaan, kebolehan, keistimewaan dan kuasa politik tertinggi seseorang sultan. Ia juga bererti kekuasaan dan kewibawaan seseorang Sultan yang memerintah dan kebahagiaan kepada Sultan yang memerintah.
Oleh itu sumber yang mengatakan Daulat itu adalah ‘Dewa Daulat’ atau jin/iblis amat meragukan saya.
Daulat bagi Raja ini penting kerana :
i Sultan mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan berkesan.
ii Sultan adalah tunggak untuk menyatupadukan rakyat.
iii Sultan akan mengamankan dan memakmurkan negeri.
iv Rakyat mengikut dan menjalankan titah Sultan dengan taat setia dan sesiapa yang engkar dianggap menderhaka.
Sultan memperkukuhkan ‘Daulat’ melalui beberapa cara, diantaranya melalui penggunaan bahasa .Bahasa yang digunakan oleh Sultan dan kerabat ialah `bahasa dalam' atau ‘bahasa istana’ contohnya : gering, titah, patik, santap, beradu dan sebagainya.
Sultan juga mengukuhkan ‘Daulat’ melalui hak istimewa raja. Contohnya melalui penggunaan:
-warna dan perhiasan rumah dan perahu.
-Payung berwarna putih digunakan untuk raja sahaja
-Anak raja dibenar menggunakan payung berwarna kuning
-Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepi tabir, hulasan bantal besar dan tilam."
Sultan mengukuhkan daulat dengan penggunaan alat kebesaran raja. Contohnya:
- Cop mohor menjadi lambang kuasa raja yang memerintah.
- Penggunaan alatan ketur, kipas, kendi dan tepak.
- Penggunaan beberapa jenis senjata seperti pedang, keris kerajaan, lembing, tombak berambu.
- Penggunaan payung ubur-ubur berwarna kuning.
salam ziarah,
ReplyDeletemacam pernah baca je artikel ni.. :)
salam sangtawal..
ReplyDeletemohon share..kalau tidak boleh Yong xsiar dah.. =)
salam,
ReplyDeletetak kisah... teruskan. he he he:)
Daulat Tuanku!
ReplyDeleteSebutan tu jika disebut 1,000 kali tidak akan jadi syirik kepada Allah. Allah teramat agung.
Bergantung kepada niat kita; Belum pernah umat Islam Malaysia yang menganggap raja-raja melayu itu adalah tuhan atau sama taraf dengan tuhan pun.
Jadi tiada masalah langsung penggunaan nya...
betul tu tuan, sebutan hanya sebagai istiadat semata2~
Deletetapi mereka kalau tak suka, boleh saja ubah "download tuanku"
hihihihi~