Setiap kali melihat bangunan kubah emas ini, apa yang anda namakan kepada bangunan ini? Anda sebut ini Masjid al-Aqsa? Anda fikir ini Masjid al-Aqsa kerana siaran berita di televisyen mengatakan ini masjid al-Aqsa? Hanya kerana berita di televisyen menunjukkan imej ini setiap kali timbul isu di Masjid al-Aqsa, maka anda fikir inilah Masjid al-Aqsa? Anda silap, kerana penglihatan dan minda sudah dikuasai Yahudi.
Imej bangunan kubah emas yang anda lihat itu ialah Dome of the Rock (atau Masjid Umar), manakala Masjid al-Aqsa pula dikatakan bangunan berkubah perak hitam yang terletak tidak jauh dari Dome of the Rock. Jadi, mana satu al-Aqsa?

Masjid kubah perak kehitaman, tidak jauh dari Dome of the Rock
Jika dikatakan Dome of the Rock itu sebagai bukan al-Aqsa, maka kita silap. Jawapannya, ia juga al-Aqsa kerana berlaku peristiwa Nabi Muhammad diangkat ke langit di satu tapak dalam Masjid Umar itu.
Jika dikatakan masjid berkubah perak hitam yang berada di sebelah Dome of the Rock itu sebagai al-Aqsa, maka tidak juga silap kerana namanya sebagai al-Aqsa sudah lama diketahui penduduk sekitar Jerusalem . Maka mana satu al-Aqsa yang sebenar? Jawapannya, seluruh kawasan yang menempatkan Dome of the rock dan masjid kubah perak kehitaman itu adalah al-Aqsa. Ia satu kawasan, bukan satu bangunan.
Tetapi, kita asyik disogok dengan imej Dome of the Rock sahaja sebagai al-Aqsa, ia adalah untuk mengalih perhatian umat Islam seluruh dunia terhadap lokasi sebenar Masjid al-Aqsa yang pernah dilawati Nabi Muhammad dalam peristiwa Israk Mikraj. Kerja penggalian oleh Yahudi di Masjid al-Aqsa yang berkubah perak hitam terus dijalankan tanpa banyak halangan kerana penglihatan majoriti umat Islam sudah dialihkan kepada Dome of the Rock. Maka, setiap kali timbul isu protes di kalangan umat Islam Palestin terhadap penggalian Masjid al-Aqsa oleh Yahudi, kita akan ditunjukkan imej Dome of the Rock. Penggalian itu pula diberikan alasan sebagai untuk tujuan cari gali sejarah dan arkeologi theologi.
Kerja penggalian itu secara tersembunyi adalah untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa supaya ia kelihatan seperti ia runtuh dengan sendiri bagi mendirikan semula Istana Kuil Sulaiman (sila rujuk artikel Knights Templar dalam posting sebelum ini, Pertubuhan Dajjal). Istana Kuil Sulaiman itulah yang akan menjadi tempat Dajjal ditabalkan sebagai raja kepada bangsa Yahudi di akhir zaman, ‘raja yang dijanjikan’ di tanah yang dijanjikan.
Menurut kepercayaan (tradisi lisan) masyarakat di Timur Tengah, Masjid al-Aqsa didirikan di atas kesan runtuhan salah satu daripada bangunan istana Nabi Sulaiman yang mana di dasar tanahnya menyimpan saki baki pengetahuan rahsia terhadap ilmu sihir dan rahsia alam jin. Ia juga dikatakan menyimpan rahsia terhadap penyempurnaan pengetahuan alam jin yang tertimbus di dasar tanahnya. Ini kerana dalam tradisi Islam dan Yahudi, Nabi Sulaiman dikenali sebagai seorang manusia yang dikurniakan kelebihan oleh Allah untuk berhubung dengan alam jin. Maka, segala pengetahuan berhubung alam jin telah ditimbus ke bawah tanah (tahu relevan muzik underground dengan istilah ini?) ditanam oleh Nabi Sulaiman sebelum baginda wafat kerana manusia secara dasarnya ditegah untuk mempunyai hubungan dengan jin dan syaitan (kecuali dengan izin Allah).

Kembali kepada kerja penggalian di tanah yang dijanjikan. Terma ‘raja yang dijanjikan’ dan ‘tanah yang dijanjikan’ ini tidak terdapat dalam kepercayaan Yahudi Ortodox, melainkan hanya terdapat dalam kepercayaan Yahudi Zionis Gnostic. Doktrin itu hanya dipercayai oleh golongan Yahudi penyembah syaitan sejak zaman Babilon dan Mesir purba serta para Yahudi penganut agama pagan dari zaman awal sejarah kesesatan.
No comments:
Post a Comment
comment please.....