KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengenakan tindakan terhadap pasukan Kelantan berikutan kelakuan liar penyokong pasukan itu pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata tindakan itu akan ditentukan selepas ahli Jawatankuasa FAM membincangkan insiden pada perlawanan akhir malam tadi secepat mungkin dan menentukan hukumannya. " FAM sering memberi nasihat kepada penyokong-penyokong Kelantan tetapi sudah tidak dapat dibendung kerana ia (seperti) sudah menjadi satu budaya kepada mereka. Sudah tentu kehadiran 1,400 anggota pasukan keselamatan ataupun sehingga 10,000 tidak mampu untuk mengawal mereka dalam masa serentak,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sebaik jaringan gol ketiga Negeri Sembilan menerusi sepakan penalti penyerang Mohd Zaquan Adha pada minit ke-58, berlaku insiden luar dugaan di mana penyokong-penyokong Kelantan membaling pelbagai objek, mercun dan paling teruk membakar kain rentang serta kerusi di satu bahagian stadium itu.
Selain ditonton jutaan rakyat Malaysia menerusi siaran langsung televisyen, insiden tindakan liar penyokong Kelantan juga disaksikan oleh tetamu Diraja iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra.
Azzuddin berkata walaupun tiket habis dijual dan mencatat keuntungan namun ia tidak setimpal dengan apa yang telah berlaku.
Ditanya mengenai anggaran nilai kerosakan akibat tindakan liar penyokong Kelantan, Azzuddin berkata perkara tersebut masih pada peringkat siasatan lagi.
“Kami masih belum mendapat laporan lengkap daripada pihak stadium tetapi apa yang saya tahu terdapat kerosakan di bahagian tempat duduk penyokong (kawasan Kelantan),” katanya.
Dalam saingan akhir menutup musim Liga Malaysia 2009 itu, Negeri Sembilan berjaya menjulang Piala Malaysia selepas penantian 61 tahun dengan menewaskan Kelantan 3-1.
Selain jaringan penalti Mohd Zaquan Adha pada minit ke-58, dua lagi gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke-18 dan Hairuddin Omar (minit ke-46) manakala gol sagu hati Kelantan dijaringkan oleh ketua pasukannya Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-93.
Dalam perlawanan akhir itu, hampir 80 peratus daripada 100,000 kerusi di Stadium Nasional dipenuhi dengan penyokong-penyokong Kelantan atau "The Red Warriors" berbanding hanya 15,0000 penyokong Negeri Sembilan atau "Kijang". - Bernama
p/s: wes rong kali kelantan gawe rusuhan. enek wae seng orak puas ati. opo seng arek gado yong pn orak reti iki asek ngomong kelate gomo kelate seng menang hobin jang hobin. geligis yong boco iki sampe arek metu banyu moto yong. wes la kelantan, ojo berlagak koyo hero. iki padang bola uduk perang sampek gowo mercunan akeh2. mengko wes kenek tindakan baru senyep orak kenek ngomong. yong orak sokong sopo2 tapi kue delok la dewek sopo seng ngomong akeh sa' oronge biyen. sa' iki longo ndi ndi asek ngomong kelantane wong orang enek sivik jalok keplak wae endase sitok sitok. pegel la yong karo wong melayu ki. sopo sek roso jalok ngapuro la tapi iki seng hakikate.3-1.
No comments:
Post a Comment
comment please.....