Thursday, November 19, 2009

HARGA SAWIT



Khamis, 18 Nov 2009 - Harga komoditi ini di jangka naik pada masa akan datang namun ia bergantung kepada kerajaan yang memerintah sama ada mahu memberi harga sawit mentah naik atau turun.  Walau pun komoditi ini sangat penting dalam menjana pendapatan para petani di luar bandar, pihak yang bertanggungjawab tetap mementingkan diri sendiri apabila rintihan rakyat tidak di hiraukan sejak sekian lama. Apakah ini yang dikatakan 1Malaysia "Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan". Ia seharusnya menukar slogan ini kepada 1Malaysia "Rakyat luar bandar disisihkan, Orang kaya diutamakan". Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Bagai menangguk di air keruh, itulah perumpamaan yang sewajarnya diberikan kepada pemimpin-pemimpin Malaysia yang sungguh berwibawa. Lupa asal usul umpama kacang melupakan kulitnya. Sudah senang lenang di atas tidak mahu langsung menjenguk yang dibawah. Masa sekarang, harga komoditi ini adalah RM330 se tan dan ini merupakan satu penindasan kepada golongan petani. Harga dunia RM2000 se tong, namun kerajaan mengambil sedikit sahaja titik peluh golongan petani yang semakin sengsara hidup di kampung. Kehidupan orang kampung sungguh menyedihkan terumatama yang mempunyai anak ramai dan masih bersekolah. Bukan hendak melatah tetapi hendak meluah.
-dOb-

No comments:

Post a Comment

comment please.....