Friday, January 27, 2023

SELEPAS ANNUAR MUSA, ADAKAH KJ DAN NOH OMAR PULA MALAM INI???

 


HANGAT lagi parti Melayu terbesar sebelum ini yang bakal memecat, membuang dan membekukan beberapa lagi ahli dan pemimpin UMNO yang mana dilihat, didakwa dan terbukti mensabotaj parti pada PRU15 yang lepas sehingga BN hanya menang 30 kerusi sahaja.

URA-URA bertiup kencang bahawa bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar bakal senasib dengan Tan Sri Annuar Musa. Ini kerana sabotaj yang dilakukan oleh Noh Omar pada PRU15 yang meletakkan Pegawai Khas beliau, Rosni Mastol untuk bertanding di Parlimen Tanjong Karang bagi melawan calon BN Tanjong Karang, Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang yang mana menyaksikan kerusi Parlimen Tanjong Karang dimenangi oleh calon daripada Perikatan Nasional.

Begitu juga Khairy Jamaluddin yang pada PRU15 beliau bertanding di kerusi Sungai Buloh dan tewas kepada calon daripada Pakatan Harapan.

Disetiap kempen KJ beliau kerap menyebut dan meletakkan kesalahan kepada Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas kegagalan membawa UMNO untuk terus menjadi kerajaan. Beliau kerap menuduh Presiden UMNO sebagai tidak layak untuk meneruskan khidmat sebagai Presiden dan disuruh letak jawatan.

Perkara ini yang bakal diselidik dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja pengumuman daripada Setiausaha Agong UMNO, Datuk Ahmad Maslan malam ini.


Adios!!!

No comments:

Post a Comment

comment please.....