Sunday, January 14, 2018

MAHFUZ OMAR HINA SULTAN PAHANG TINDAKAN BIADAP - SHAHAR

Tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang memperlekeh, menghina serta menjadikan KDYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ditularkan sedang gering sebagai bahan jenakanya ketika memberi ceramah politik melambangkan kebiadapan dan kecetekkan akal pemimpin pembangkang yang jelas tidak menghormati institusi beraja di negara ini.

Perbuatan kurang ajar Mahfuz yang membandingkan KDYMM Sultan Ahmad Shah dengan pemimpin Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir adalah perbuatan bodoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli politik berumur seperti beliau yang sepatutnya lebih faham akan sistem perundangan dan sistem beraja negara.

Meskipun kita sedia maklum bahawa pemimpin Pakatan Harapan tidak pernah berhenti bermain politik sehingga sering melibatkan sultan yang merupakan Raja Berpelembagaan di negara ini, tetapi tindakan Mahfuz yang keterlaluan sehingga memalukan dan mempolitikkan keadaan kesihatan KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ditularkan itu sudah melampaui batas seorang ahli politik. 

Mahfuz perlu ingat meskipun beliau adalah seorang Ahli Parlimen, beliau masih tertakluk di bawah undang-undang apabila berceramah dihadapan orang awam. 

Pemuda UMNO Pahang menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan. 

Pemuda UMNO juga menggesa Mahfuz membuat permohonan ampun terhadap KDYMM Sultan Ahmad Shah secara terbuka atas tindakannya yang dangkal dan tidak boleh diterima itu.

Sesungguhnya pemimpin tidak kira dengan pegangan politik apa sekali pun di negara ini perlu sedar bahawasanya mereka wajib menghormati institusi beraja yang menunjangi kedaulatan, keutuhan, kestabilan dan kesejahteraan negara khususnya dalam menjaga kesucian agama Islam dan memelihara kepentingan orang Melayu di Malaysia.

SHAHAR ABDULLAH
Ketua Pemuda UMNO pahang

1 comment:

  1. Mana KDN oi?!! Hang TIDOQkah?!! Kalau Sultan Johor diHINA mcm. ni; CEPAT pula lu TANGKAP!!!

    Memang keturunan OTAK BABI si mahfuz HOMO amat CELAKA ni; DYMM Sultan Pahang terCINTA kita yg. sdg. GERING pun dijadikan bahan LAWAK?! BINATANG lu si mahfuz BANGKAI BABI!!!!!!

    Tok Labu.

    CELAKA betul si spesis TERORIS SAMPAH2 MASYARAKAT PENJAJAH PARASIT/LANUN/PEROMPAK/PERASUAH/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL TAIK BABI Cash is King DAPJuboq BABI-BerSHIT/PKRhomo ANJING KURAP/madeyTAIK kutty kerala CELAKA anak BERANAK JAMBAN-si puak RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS IS(IS)rael/MOSSAD-NA*O/CIA!!

    ReplyDelete

comment please.....