Tuesday, January 16, 2018

HARGA IKAN KEMBUNG RM3 SEKILO, INI SEBAB TUN M NAK JADI PM

IKAN KEMBUNG, jika dahulu harga ikan ini boleh mencecah RM20 sekilogram kini harganya turun mendadak akibat lambakan ikan kembung pada musim tengkujuh baru-baru ini sehingga mencecah RM3 sahaja sekilogram.

Aku percaya bahawa mereka tetap akan salahkan Najib pasal tak kawal harga ikan supaya kekal harga RM20/kg dengan alasan kesian kepada nelayan-nelayan yang turun ke laut mengharungi badai di lautan biru untuk mencari rezeki. Malah mereka-mereka ini juga tidak akan sesekali berterima kasih kepada Najib lebih-lebih lagi meminta maaf atas fitnah yang dilemparkan.

Kalau mereka faham prinsip ekonomi senang cerita. Tapi ini yang bercakap adalah pembangkang yang bodoh nak mampos tahap Tun Madey. Kerja nak cari salah orang tanpa selidik terlebih dahulu.

***********************************************

ALOR SETAR: Harga ikan kembung yang melonjak mencecah RM20 sekilogram pada awal bulan ini, kini turun mendadak sehingga RM3 sekilogram berikutan lambakan bekalan di pasaran sejak kira-kira seminggu lalu.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kedah (NEKAD), Abdul Hamid Bahari, berkata perubahan monsun timur laut menyebabkan tangkapan ikan dan hasil laut bertambah dan nelayan memperoleh hasil tangkapan yang sangat banyak.

Beliau berkata, boleh dikatakan hampir semua 10,000 nelayan di negeri ini membabitkan 2,000 bot nelayan kelas A, B, C dan C2 turun ke laut untuk menangkap ikan dan mampu mendaratkan sekurang-kurangnya 100 tan ikan setiap hari.

"Berikutan tangkapan yang banyak itu, harga ikan menurun antara RM3 hingga RM10 (mengikut saiz) sekilogram.

"Permintaan untuk musim perayaan Tahun Baharu Cina juga meningkat menyebabkan kita sudah membuat persediaan termasuk menyimpan 50 tan ikan beku di stor penyimpanan ikan beku di sini, selain udang, sotong, ketam dan ikan," katanya ketika ditemui di Wisma Nelayan Kampung Gelunchor, dekat Kuala Kedah, di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata, walaupun hasil tangkapan melonjak, beliau turut menasihatkan nelayan mengambil peluang ketika lambakan ikan supaya menyimpan bekalan disebabkan faktor cuaca tidak menentu dan perubahan angin.

Sementara itu, tinjauan di pelantar ikan Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah mendapati ikan kembung dijual pada harga murah iaitu RM10 untuk tiga kilogram.

Nelayan, Norazlan Mohd Aslan, 38, berkata kebanyakan nelayan di pelantar menggunakan bot Zon A hanya turun ke laut sehingga enam hingga 10 batu nautika seawal jam 6 pagi hingga 11 pagi setiap hari dan membawa pulang antara 200 kilogram hingga 1,000 kilogram ikan kembung sehari sejak seminggu lalu disebabkan ikan semakin banyak.

"Sebelum ini memang harga ikan mahal kerana kami hanya mampu memperoleh bekalan ikan antara 20 kilogram hingga 30 kilogram sehari disebabkan laut bergelora dan cuaca tidak menentu," katanya.

Peniaga ikan, Melati Ladun, 36, berkata harga ikan di situ tidak sama setiap hari kerana bergantung kepada hasil tangkapan.

"Ada kala ikan dijual pada harga RM3 hingga RM4 sekilogram lebih kecil dan jika hasil tangkapan banyak atau berlaku lambakan ikan, harganya akan turun.

"Sejak harga ikan murah, kami pulang lebih awal kerana ramai pelanggan membeli di sini pada awal pagi menyebabkan hasil jualan habis lebih awal," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment

comment please.....