Tuesday, February 21, 2017

SAAT KEJATUHAN DINASTI LIM #DAPEXIT #S14


Walaupun mendabik dada kononnya DAP memperjuangkan sistem demokrasi tulin, tetapi sudah begitu lama kepimpinan tertingginya dikuasai oleh dinasti keluarga yang tidak demokratik. Pengerusi dan Setiausaha Agung parti dipegang oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tanpa boleh diganggu gugat.

Bagaimana bapa dan anak ini boleh bertahan lama? Bahkan tidak ada tanda tanda mereka berdua ini merancang peralihan kuasa supaya imej dinasti keluarga ini tidak mencemarkan imej DAP yang kononnya memperjuangkan sistem yang demokratik.

Apakah DAP sebuah parti yang demokratik? Ada yang menjawab secara sinis, jika kita percaya Korea Utara adalah sebuah negara yang demokratik kerana ia dikenali sebagai Democratic People's Republic of North Korea (DPRK) maka bolehlah dipercayai DAP juga adalah sebuah parti yang demokratik.

Tetapi realitinya, dinasti Lim terus mencengkam demokrasi dalam DAP sehinggakan pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) DAP pada 15.2.2012 boleh diubah 19 hari kemudiannya (3.1.2013) atas alasan kesilapan teknikal. Zairil Khir Johari yang mulanya tewas dengan 305 undi kemudiannya diistiharkan menang dengan 803 undi. Ahli DAP mendakwa keputusan itu diubah melalui manipulasi pengiraan dalam komputer. Sehingga hari ini RoS masih belum mengiktiraf keputusan pemilihan CEC parti tersebut.

Sebab itu Lim Kit Siang tidak layak membawa slogan "Ubah", kalau dinasti Lim terus menguasai parti dan sistem pemilihan parti masih menggunakan sistem tidak telus. Apatah lagi, anggota CEC parti dipilih oleh sekelompok kecil perwakilan dan bukannya oleh ahli akar umbi yang lebih ramai.

Hari ini tentangan terbuka terhadap kepimpinan dinasti Lim semakin meningkat. Keputusan empat wakil rakyat DAP di Melaka keluar parti adalah petanda bibit bibit penentangan terhadap kepimpinan Dinasti Lim sudah bermula secara terbuka. Kes rasuah Lim Guan Eng yang akan dibicara mulai Mac depan dan kredibiliti Kit Siang yang semakin dipersoalkan memberi petanda bahawa dinasti Lim semakin tertekan.

Kehadiran Mahathir sebagai rakan sekutu Lim Kit Siang turut menjadi pemusnah dinasti Lim. Sebahagian Kepimpinan DAP menganggap Tun M hanya memperalatkan DAP dan Lim Kit Siang untuk memenuhi cita cita peribadinya menjadikan Mukriz sebagai Perdana Menteri.

Justeru, amalan autokratik Guan Eng di Pulau Pinang dan imej Lim Kit Siang yang tidak konsisten dalam banyak isu terutamanya dalam isu Forex dan BMF akan menyebabkan dinasti Lim menunggu masa untuk tumbang.

4 comments:

  1. bila tiba masanya gunung yang ditakdirkan hancur takde satu kuasa pun mampu menghalangnya apatah lagi kalau hanya sekadar busut

    ReplyDelete
  2. Tp dari suara ramai mcm umno je nak bungkus.. Lambat lg ke pru14 wak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suara ramai ke suara kecik ke kata pakatan dah bungkus... masih berlagak ke???????? pakatan rakyat ke harapan.... tak lama jd pakatan diktatorrrr

      Delete
  3. Melayu Islam yg cerdik tak akan pilih lgi parti macam Dap. Melayu yg mudah lupa je sanggup percaya dgn Dap.

    ReplyDelete

comment please.....