Thursday, July 28, 2016

PKR KEPADA DAP -"JANGAN BERBOGEL, KEMUDIAN ADU DITINGGAL TELANJANG"



Dalam sindiran pedas kepada kenyataan Ketua DAP Selangor, Tony Pua sebentar tadi, Latheefa Koya berkata, PKR tidak boleh terus bersetuju dengan segala permintaan rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Mengenai kebocoran maklumat kepada media berkenaan pilihan raya mengejut Pulau Pinang, anggota jawatankuasa pusat PKR turut mempersoalkan individu pertama yang mengumumkan perkara tersebut.

"Atau sekejap... siapa yang secara bersendirian umumkan terkuburnya Pakatan Rakyat?

"Atau sekejap... siapa yang umumkan pembentukan Pakatan Harapan - kepada semua media sebelum keputusan muktamad?

"Jangan lucutkan semua terlebih dahulu dan kemudian mengadu ditinggalkan telanjang," katanya dalam catatan Facebooknya.

Terdahulu, Pua melahirkan rasa kesal dengan rakan-rakan yang gagal bersama seperti yang dijangkakan.

"Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, apa jenis rakan yang kita ada. Apabila mereka dalam krisis, kita ke hulu dan ke hilir menyokong mereka ke hulu, tanpa mengira apa yang bakal berlaku.

"Tetapi apabila tiba masa kita perlukan sokongan, mereka bocorkan segala-galanya terlebih dahulu kepada media, meninggalkan kita dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

"Ataupun mengumumkan kepada dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami," katanya dalam laman Facebook petang ini.

Sesetengah pihak membuat spekulasi bahawa Pua yang juga adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara merujuk kepada pendirian PKR mengenai cadangan DAP yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Pua sendiri bagaimanapun, menolak untuk menyatakan beliau merujuk kepada PKR dan pendirian parti itu berhubung rancangan mengadakan pilihan raya mengejut.

DAP pada tahun 2014, berdiri teguh dan menyokong PKR semasa krisis menteri besar di Selangor.

Mengulas lanjut, Latheefa yang mengetuai biro undang-undang PKR juga menegaskan, sebab untuk mengadakan pilihan raya mengejut juga sering berubah.

"Pertama, ia bertujuan mendapatkan kembali apa dipanggil mandat rakyat yang peliknya kamu berkeras masih belum kehilangannya.

"Kemudian kata ia bukan mengenai pendakwaan ke atas pemimpin kamu (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng).

"Dan sekarang kamu kata, ia sebagai referendum terhadap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) berdasarkan pendedahan terkini DOJ (Jabatan Kehakiman) Amerika Syarikat.

"Mungkin, kamu perlu membuat keputusan terlebih dahulu dan kemudiannya berunding dengan kami, yakinkan kami," katanya tanpa menyebut DAP mahupun Pua.

Pilihan raya mengejut tersebut didedahkan buat kali pertama oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berikutan tuduhan rasuah berkembar terhadap bosnya.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

comment please.....