Friday, July 29, 2016

AZMIN ALI JANGAN MEMBISU ISU STATUS TANAH PAYA INDAH WETLANDS - BUDIMAN


1. Sikap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika ini masih 'membisu' tanpa memberikan penjelasan di sebalik dakwaan penukaran status tanah di Paya Indah Wetland dilihat mencetuskan pelbagai keraguan di kalangan rakyat terhadap ketelusan dan integriti sebenar pentadbirannya beliau.

2. Mohamed Azmin tidak sepatutnya mengambil sikap berkenaan di sebalik isu itu yang jelas terletak di bawah bidang kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

3. Saya mendesak Mohamed Azmin untuk memberikan penjelasan terhadap dakwaan penukaran status tanah itu. Ini kerana semua pihak sedia maklum bahawa tanah di Paya Indah Wetland itu adalah untuk generasi akan datang, maka sebarang usaha untuk menganggu status tanahnya sama seperti mengganggu kepentingan rakyat.

4. Jika benar dakwaan itu, apakah Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin hari ini sudah ketandusan idea dan sumber untuk membangunkan negeri hinggakan tanah warisan rakyat digunakan sebagai 'modal' memperoleh keuntungan semata-mata.

5. 26 Julai lalu, kerajaan negeri ini didesak menarik balik pindaan status tanah Lot 6850 di Mukim Tanjung Dua Belas , Kuala Langat yang ditukar status kepada kawasan pembangunan, sedangkan tanah itu terletak dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai hutan warisan dunia.

6. Bekas MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim memberitahu semasa pentadbirannya, menolak kelulusan penukaran status di lot tanah tersebut untuk tujuan pembangunan meskipun menerima tekanan dan cubaan mempengaruhi keputusan oleh ramai pelobi korporat.

7. Mohamed Azmin sepatutnya berpendirian tidak tunduk kepada pelobi korporat di sebalik dakwaan penukaran status tanah terbabit.

Sekian. Terima kasih.


Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar &
Adun Sungai Panjang.

Thursday, July 28, 2016

PKR KEPADA DAP -"JANGAN BERBOGEL, KEMUDIAN ADU DITINGGAL TELANJANG"



Dalam sindiran pedas kepada kenyataan Ketua DAP Selangor, Tony Pua sebentar tadi, Latheefa Koya berkata, PKR tidak boleh terus bersetuju dengan segala permintaan rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Mengenai kebocoran maklumat kepada media berkenaan pilihan raya mengejut Pulau Pinang, anggota jawatankuasa pusat PKR turut mempersoalkan individu pertama yang mengumumkan perkara tersebut.

"Atau sekejap... siapa yang secara bersendirian umumkan terkuburnya Pakatan Rakyat?

"Atau sekejap... siapa yang umumkan pembentukan Pakatan Harapan - kepada semua media sebelum keputusan muktamad?

"Jangan lucutkan semua terlebih dahulu dan kemudian mengadu ditinggalkan telanjang," katanya dalam catatan Facebooknya.

Terdahulu, Pua melahirkan rasa kesal dengan rakan-rakan yang gagal bersama seperti yang dijangkakan.

"Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, apa jenis rakan yang kita ada. Apabila mereka dalam krisis, kita ke hulu dan ke hilir menyokong mereka ke hulu, tanpa mengira apa yang bakal berlaku.

"Tetapi apabila tiba masa kita perlukan sokongan, mereka bocorkan segala-galanya terlebih dahulu kepada media, meninggalkan kita dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

"Ataupun mengumumkan kepada dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami," katanya dalam laman Facebook petang ini.

Sesetengah pihak membuat spekulasi bahawa Pua yang juga adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara merujuk kepada pendirian PKR mengenai cadangan DAP yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Pua sendiri bagaimanapun, menolak untuk menyatakan beliau merujuk kepada PKR dan pendirian parti itu berhubung rancangan mengadakan pilihan raya mengejut.

DAP pada tahun 2014, berdiri teguh dan menyokong PKR semasa krisis menteri besar di Selangor.

Mengulas lanjut, Latheefa yang mengetuai biro undang-undang PKR juga menegaskan, sebab untuk mengadakan pilihan raya mengejut juga sering berubah.

"Pertama, ia bertujuan mendapatkan kembali apa dipanggil mandat rakyat yang peliknya kamu berkeras masih belum kehilangannya.

"Kemudian kata ia bukan mengenai pendakwaan ke atas pemimpin kamu (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng).

"Dan sekarang kamu kata, ia sebagai referendum terhadap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) berdasarkan pendedahan terkini DOJ (Jabatan Kehakiman) Amerika Syarikat.

"Mungkin, kamu perlu membuat keputusan terlebih dahulu dan kemudiannya berunding dengan kami, yakinkan kami," katanya tanpa menyebut DAP mahupun Pua.

Pilihan raya mengejut tersebut didedahkan buat kali pertama oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berikutan tuduhan rasuah berkembar terhadap bosnya.

posted from Bloggeroid

Monday, July 25, 2016

ORANG LUAR PULAU PINANG AKAN MENGGANTIKAN LIM GUAN ENG?


ADAKAH Lim Guan Eng sedang menilai siapa selayaknya untuk menggantikannya sebagai Ketua Menteri, justeru masih berkira-kira tetap mahu mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang?

Belum pun pengurusan kes pendakwaan dua tuduhan rasuahnya disebut di mahkamah dengan tarikhnya masih jauh kira-kira dua bulan lagi, iaitu 22 September depan, dia sudah mula cuak.

Menguar-uarkan dirinya tidak boleh diselamatkan dan berkemungkinan besar akan dihantar ke penjara atas tuduhan rasuah, Guan Eng waktu ini sedang sibuk mencongak siapa yang sesuai akan diletakkannya sebagai Ketua Menteri yang baharu.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bukan favouritenya. Semua di Pulau Pinang maklum hal itu. Kerana itu Guan Eng harus memastikan Anthony Loke dan jenteranya masuk dahulu dalam Komtar dengan Kon Yeow dan jenteranya disingkirkan.

Justeru, awal-awal lagi Guan Eng telah melantik Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera pada Mac lalu manakala Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menyandang jawatan Pengarah Island Golf Properties Bhd.

Kedua-duanya orang luar Pulau Pinang. Maka, munasabahlah Pilihan Raya mengejut di Pulau Pinang ini bukanlah disebabkan oleh alasan-alasn yang diberikan.

Ia sebaliknya bermotifkan satu sahaja - sebenarnya kisah perebutan kuasa dalaman DAP dan gerakan Guan Eng untuk membersihkan parti musuhnya. Ini sekali gus meletakkan semua jenteranya di kerusi-kerusi DUN sebelum memastikan dia dapat memutuskan siapa yang menggantikannya.

Walaupun cadangan DAP untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri lebih awal ini hanya mendapat sambutan hambar daripada para pengundi dengan tidak yakin pada alasan yang diberikan parti tersebut untuk berbuat demikian, namun Guan Eng hatinya kering.

Ini apatah lagi dikatakan pilihan raya mengejut seumpama itu tidak akan membuktikan yang Guan Eng tidak bersalah, maka anak Lim Kit Siang ini tetap mahu melayan kemungkinan berlaku pembubaran DUN Pulau Pinang.

Menurut laman Facebook Penang Headline, ketika melantik Tony sebagai Pengarah Island Golf Properties Bhd manakala Anthony pula sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera pada Mac lalu, Guan Eng mengarahkan kedua-dua pemimpin DAP itu menukar alamat mereka ke Pulau Pinang supaya mereka boleh bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Dikatakan perancangan itu adalah persiapan untuk melantik mereka berdua sebagai exco negeri bagi menggantikan exco yang tidak “patuh arahan”.

Tetapi jauh lebih `besar' dari itu kerana Guan Eng sudah menjangkakan yang terburuk dalam kes pendakwaannya. Dan jika pilihan raya negeri terpaksa diadakan dan kalaulah DAP masih menang di kala Guan Eng berada dalam penjara, maka Dinasti Lim anak beranak sudah pun mengenal pasti calon ‘bidan terjunnya’ - Anthony atau Tony. Bukannya Kon Yeow.

http://klxpress.com.my/…/16732-sekali-lagi-km-pulau-pinang-…

PENSYARAH UUM HINA PM DI FACEBOOK UGUT REPORT POLIS!

PENSYARAH UUM kutuk PM dan anti kerajaan,dia yang biadap selaku penjawat awam sepatutnya meminta maaf bukan mengugut!

Hebat Pensyarah UUM Wan Nadzri ni. Sepatutnya dia penjawat awam yang dilantik di Universiti menjalankan tugasnya. Bukan bersikap anti kerajaan dan menghentam secara terbuka YAB Perdana Menteri di Facebooknya. 

Pihak UUM dan KPT tidak boleh terus membiarkan pensyarah yang pro kepada pembangkang sebegini terus menabur dan bersyarah tentang cerita cerita yang boleh mempengaruhi minda pelajar di sebuah universiti awam.

Mohon YB Menteri Pendidikan Tinggi Idris Jusoh, Ketua Setiausaha Negara ( KSN) dan Naib Canselor UUM Prof Dato' Dr Mustapa Ishak ambil tindakan. Bukan apa kadang pegawai yang pro kerajaan pula diambil tindakan. Sedangkan jelas ramai pensyarah sokong pembangkang.

"SAARI SUNGIB NAK JADI PENGEMIS UNTUK JAWATAN EXCO KE?" - MB PKR

SELEPAS bergaduh terus dengan PAS dalam PRK Sungai Besar yang lalu, kini PAN meneruskan asakan terus kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kerana masih lagi tidak memecat Adun dari PAS dalam jawatan Exco negeri.

Ketidakpuasan hati Saari Sungib yang juga Timb. Pengerusi PAN Selangor adalah kerana sehingga kini Azmin dan PKR masih lagi belum memecat exco dari PAS walaupun Pakatan Rakyat di Selangor sudah berkubur.

Menurut Saari, sepatutnya Azmin melantik Adun daripada PAN untuk menggantikan empat orang exco daripada PAS kerana Selangor sudah membentuk Pakatan Harapan, bukan lagi Pakatan Rakyat.

PAN Selangor turut mengaitkan Azmin ingin bermain politik bahaya dengan mengheret sekali Istana dalam kancah politik kacau bilau antara Azmin dan PAS.

Dalam masa yang sama, DAP bersependapat dengan PAN untuk Azmin memecat dan menghalau Adun PAS dari kerusi exco dan seterusnya melantik Adun PAN untuk menggantikan mereka.

Nampaknya Azmin sendiri tersepit dengan game tarik tali yang dibuatnya.

Apakah pendirian Azmin dalam politik Selangor hari ini?

Adakah Azmin berpihak kepada PAS atau DAP/PAN?

Sunday, July 17, 2016

PKR DICABAR AMBIL TINDAKAN TERHADAP DARELL LEIKING HINA JAIS, DYMM SULTAN SELANGOR - BUDIMAN

1. Pada sekitar 7 Julai 2016, Naib Presiden PKR, Darell Leiking dilaporkan telah memuat naik status menerusi akaun Facebook peribadi beliau, yang antara lain kandungannya, mempertikaikan khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sempena Aidilfitri 6 Julai lalu yang ada menyentuh mengenai usaha dalam mempertingkatkan serta memartabatkan institusi perundangan Syariah menerusi usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen.

2. Paling mendukacitakan, kenyataan Darell yang dibuat Ahli Parlimen Penampang, Sabah yang mengaitkan kandungan khutbah tersebut seolah-olah satu satu permulaan Selangor ini diuruskan oleh golongan ekstremis itu adalah kenyataan yang sangat berniat jahat dan semborono yang jelas sekali menunjukkan kedangkalan ilmu, kecetekan budi bahasa serta kegagalan beliau dalam memahami isu sebenar mengenai perkara itu. Ini termasuklah beliau juga tidak peka serta memahami sensitiviti rakyat khususnya umat Islam di Malaysia.

3. Umum mengetahui bahawa JAIS adalah bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di Selangor dan perlaksanaan oleh pihak berkuasa yang dilantik itu adalah selaras dengan peruntukan dan bidang kuasa DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang merupakan Ketua Agama Negeri.

4. Justeru, kenyataan dangkal serta salah fakta yang dibuat oleh Darell tersebut yang menyatakan negeri ini diuruskan oleh golongan ekstremis sudah tentunya akan terpalit kepada DYMM Sultan Selangor sekaligus telah memperlihatkan beliau melemparkan suatu penghinaan yang tidak berasas sama sekali terhadap Baginda Sultan selaku Ketua Agama Negeri.

5. Rakyat sebenarnya telah mula muak dan jijik dengan sikap serta amalan politik keterlaluan yang cuba menyentuh sensitiviti agama dan umat Islam yang hanya bertujuan untuk meraih sedikit perhatian dan populariti politik. Amalan politik keterlaluan seumpama ini harus ditegah oleh semua rakyat tanpa mengira fahaman, agama , kaum dan latar belakang demi keharmonian dan keutuhan kita bersama.

6. Lanjut daripada itu, demi untuk mengelakkan perkara ini terus berulang lagi, saya mencabar PKR dengan segala kuasa yang mereka ada, supaya tidak hanya berpeluk tubuh dan mengandaikan tindakan Darell itu tidak membawa apa-apa makna atau kesan kepada masyarakat. Sebaliknya, PKR khususnya Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlulah dengan seberapa segera untuk mengambil tindakan kepada Darell sebagai pengajaran dan panduan untuk masa mendatang.

7. Sebagai YAB Menteri Besar, adalah sangat tidak wajar untuk Mohamed Azmin membiarkan tindakan Darell itu dilakukan sama sekali. Saya memilih untuk bersetuju dengan tindakan JAIS yang difahamkan telah membuat laporan terhadap Darell mengenai isu tersebut hari ini demi menjaga kedudukan Islam di negeri ini.


BUDIMAN MOHD. ZOHDI 
Ahli Parlimen Sungai Besar
16 Julai 2016.

Thursday, July 14, 2016

RUPANYA BAGI DUIT RAYA ITU RASUAH MENURUT KATA DAP

DARI kecil hinggalah aku besar kini baru aku tau yang bagi duit raya kepada kanak-kanak semasa sambutan Aidilfitri rupanya RASUAH oleh orang Islam.

Dan... bagi angpow kepada orang yang lebih muda oleh kaum Cina semasa Tahun Baru Cina adalah dibolehkan kerana dikatakan tradisi masyarakat Cina.

Kiranya kalau ikut kata orang DAP ini, orang Cina memang dah lama lah amalkan rasuah kepada kanak-kanak. Sampaikan angpow turut diberikan dari bayi lagi. Maknanya orang Cina ni memang dari kecil dah diajar RASUAH oleh orang tua mereka.

Itu apa yang Nga Kor Ming kata.

Tak sangka DAP masih lagi memainkan politik perkauman dan sentimen agama untuk menarik sokongan orang Cina kepada mereka. Dengan melaga-lagakan antara orang Melayu dan Cina, DAP terus berpolitik dalam segala hal.

Tidak mustahil lah kalau anak-anak sekarang sudah tidak boleh duduk semeja dengan lain-lain kaum sebab pembawaan yang tidak sihat oleh DAP ini.

Adakah DAP fikir dengan memainkan sentimen perkauman seperti ini akan dapat menarik sokongan pengundi Cina khususnya dalam PRU14 akan datang?

Fikirkan. Adakah kita mahu DAP menjadi pemerintah yang bakal menghapuskan orang Melayu kelak?

Sama-sama kita renung.